Famili

Wahai Suami, Ketahuilah 6 Tanda Bahawa Isteri Anda Adalah Ibu Yang Kepenatan…

2
SHARES

“Okay tak isteri aku ni, asyik bad mood je…”

Buat para suami, pasti anda akan melalui situasi apabila isteri kelihatan lesu dan mudah marah bukan? Hal ini kerana, ini merupakan tanda-tanda bahawa isteri anda adalah ibu yang kepenatan! Mana tidaknya, ada yang perlu bekerja dan dalam masa yang sama perlu menguruskan rumah dan anak secara sendiri tanpa bantuan si suami. Jadi, ini merupakan tanda lain yang si suami kena alert.

Baca juga: [VIDEO] Bila Ayah Yang Jaga…Terus Modify Kereta Control Tarik Car Seat!

Ini 6 tanda-tanda ibu yang kepenatan

Di laman Twitter, seorang suami yang juga sering berkongsikan tips parenting kepada orang ramai turut berkongsikan tanda-tanda yang patut diperhatikan oleh suami terhadap isteri masing-masing. Jangan disangka isteri yang dilihat seperti biasa membuat kerja di rumah tidak mengalami ‘mental breakdown’ ya.

1. Muka yang dulunya ayu dan sentiasa berhias sekarang dah jadi lesu dan kusam.

2. Ibu yang lembut selembut lembutnya boleh berubah jadi bengkeng sebab penat. Anak nak berkepit pun boleh kena tengking.

3. Otak wanita patut boleh proses maklumat 10 kali lebih cepat dari lelaki, tapi bila dah terlalu penat mula la jadi cuai dan pelupa.

4. Bila penat, self control jadi lemah. Mula jadi impulsif dan bertindak ikut emosi. Sikit trigger dari anak je dia boleh menjerit dan tengking.

5. Bila tak ada yang memahami, senang la si ibu menangis seorang diri.

6. Bukan dengan anak je, dengan suami pun tak boleh silap cakap sikit. Boleh jadi punca bergaduh.

Penat seorang ibu ni tak boleh di ukur pada titisan air peluh tapi penat mereka pada emosi dan mental. Kita tak akan faham apa yang mereka rasa sebab kita tak berada di tempat mereka.

Kita ni lelaki dalam mata terbuka pun masih boleh lagi berehat. Tapi wanita selagi mata tak tertutup selagi itu dia dalam mod “bekerja”. Sebab itu waktu tidur seorang ibu ni sangat penting.

Kena pastikan isteri kita ni dapat tidur sekurangnya 6-8 jam sehari supaya mereka dapat reset balik meter emosi dan mental mereka. Bila cukup je tidur dia percayalah isteri kita akan jadi orang yang paling lembut dan paling ayu sama macam masa bersanding dulu.

Sumber: Twitter Mohd Fhais

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×