Euforia Bola 2026
Suami Isteri

“Tak Pernah Tengok Ayah Macam Ni..”- Cinta Sejati Terbukti Saat Isteri Terlantar Di ICU, Air Mata Seorang Suami Undang Sebak

1
SHARES
isteri sakit kritikal

Ramai beranggapan cinta itu mudah diukur ketika segalanya indah, saat tawa bersatu, saat bahagia dikongsi tanpa beban. Namun hakikatnya, cinta sebenar hanya terserlah ketika seseorang itu diuji pada tahap paling rapuh dalam hidup seperti baru-baru ini, sebuah video seorang lelaki warga emas menjaga isteri sakit kritikal tular di media sosial.

Video tersebut mengundang sebak dan air mata ramai warganet apabila suami itu kelihatan hilang arah apabila melihat isteri tercinta terlantar tidak berdaya di atas katil hospital.

Baca juga: Tular 200K Tontonan, Isteri Pertama Tabah Siapkan Suami Bernikah Lagi.. Luahan ‘Demi Anak, Saya Kena Kuat’ Undang Air Mata Netizen

Setianya Seorang Suami Jaga Isteri Sakit Kritikal Di Hospital, Anak Luah Sebak “Ayah Tak Macam Dulu..”

isteri sakit kritikal

Foto: Tiktok @ammaryassier79

Perkongsian itu dimuat naik oleh anak mereka menerusi akaun TikTok @ammaryassier79, memperlihatkan sisi seorang ayah yang selama ini dikenalinya sebagai lelaki yang tenang dan cekal dalam menghadapi apa jua masalah.

“Ayah yang selama ni aku kenal memang steady. Apa-apa masalah, ayah tak menggelabah. Tapi bila ibu kritikal, hampir sebulan di ICU tanpa kepastian, aku nampak ayah jatuh teruk. Aku tak pernah tengok ayah macam ni,” tulisnya.

Lebih memilukan, si ayah terpaksa berhadapan dengan keputusan paling berat dalam hidupnya. Menurutnya, doktor meminta ayahnya pilih tiga pilihan yang sangat sukar sehingga tidak mampu buat keputusan sebab semua pilihan itu tidak menyebelahi ibu yang kritikal ketika waktu itu.

Menurut si anak lagi, ayahnya tetap percaya akan keajaiban daripada Allah SWT. Selepas 32 tahun hidup bersama, kehilangan bukan sesuatu yang mampu diterima dengan mudah.

“Ayah tak mahu kehilangan ibu. Ayah yakin ibu akan sembuh..”

Bagi si anak, ayahnya adalah wira sebenar keluarga.

“Ayah adalah hero kami adik-beradik dan ibu. Biar habis duit ringgit, janji ibu sembuh. Ayah dah buat yang terbaik, selebihnya ayah serahkan pada Allah,”

“Aku dah tak sanggup tengok keadaan ibu dan ayah macam ni. Bila mereka berdua diuji, luluh hati aku. Mereka adalah nyawa aku..” tulisnya.

@ammaryassier79Aku sedih tengok ayah 😭 Ayah yang selama ni aku kenai, semua masalah mai dia memang steady . Dia tak menggelabah dan selesaikan dengan tenang . Tapi bila ibu dalam keadaan sangat kritikal, dah hampir sebulan di ICU tanpa kata putus . Aku nampak ayah memang down teruk . Aku tak pernah tengok ayah macam ni 🥹 Doctor minta ayah pilih 3 pilihan yang sangat sukar . Dan ayah sampai sekarang tak dapat buat keputusan . Sebab semua pilihan tu tidak menyebelahi ibu . Aku faham, memang berat nak buat keputusan . Dan aku tau ayah masih menaruh harapan supaya ibu kembali sihat walaupun doktor pakar sendiri pun dah give up. Ayah sangat yakin yang ibu akan sembuh . Ayah tak mau kehilangan ibu . Ayah mengharapkan keajaiban daripada Allah SWT . 32 tahun ayah bersama ibu 🥹 Bagi aku, ayah adalah hero kami adik beradik dan ibu walau apa jua takdir Allah . Memang banyak dah pengorbanan ayah pada ibu masa sakit . Biar habis duit ringgit janji ibu kembali sembuh . Ayah dah berusaha yang terbaik, selebihnya hanya berserah pada Allah SWT 🤲🏽 Aku mohon sahabat-sahabat dan orang yang mengenali ayah dan ibu, doakan kesihatan depa berdua . Doakan ibu kembali sembuh seperti biasa . Doakan ayah ibu dan kami juga kuat tempuh dugaan dan ujian 🤲🏽 Aku dah tak sanggup nak tengok keadaan ibu dan ayah macam ni . Bila depa dua dalam kesusahan, luluh hati aku . Aku sedih dan tak mampu nak buat apa-apa melainkan berdoa . Depa dua adalah nyawa aku 💔♬ original sound – ammaryassier79

Ibu Pergi Menghadap Ilahi, Keluarga Reda Dengan Takdir

isteri sakit kritikal

Perkongsian ini menjadi peringatan buat ramai bahawa cinta sejati bukan terletak pada ayat manis atau janji indah. Ia terbukti melalui kesetiaan untuk terus bertahan ketika diuji, walaupun harapan semakin menipis.

Dalam perkembangan terbaharu yang dimaklumkan oleh keluarga, ibu tercinta mereka, Saadiah binti Din, atau lebih dikenali sebagai Imah, telah menghembuskan nafas terakhir pada Ahad, 14 Disember 2025 (semalam).

“Allah lebih sayangkan ibu. Kami reda, In shaa Allah. Semoga ibu ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman,” tulisnya.

Keluarga turut merakamkan penghargaan kepada semua yang mengambil berat serta mendoakan kesihatan arwah sepanjang tempoh sakit.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan Al-Fatihah buat arwah dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Baca juga: Kad Kahwin Tahun 1963 Kembali Viral, Siap Letak Pekerjaan Pengantin Supaya Orang Ramai Tahu!

Sumber: Tiktok @ammaryassier79

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×