Famili

[VIDEO] Wanita Lepasan Sekolah Bangga Berjodoh Dengan Polis, Siap Bagi Kata-Kata Semangat

17
SHARES

Baru-baru ini, kecoh di laman media sosial mengenai anggota beruniform yang diminati ramai dan menjadi idola ramai wanita kerana memiliki tubuh yang sasa.

Hal ini sama juga seperti perkongsian seorang wanita bernama Siege Trian Elisabeth atau dikenali sebagai Ege, meluahkan rasa bangga kerana bangga berjodoh dengan anggota polis.

Baca juga: [VIDEO] Cikgu Potong Rambut & Bersihkan Kutu Pelajar Perempuan

WANITA LEPASAN SEKOLAH BANGGA BERJODOH DENGAN POLIS

Ege berasal dari wilayah Jawa Timur menjelaskan dia hanyalah seorang wanita lepasan sekolah menengah dan menerusi video tersebut, dia berkongsi mengenai kehidupannya sebagai sebagai isteri anggota polis Republik Indonesia dan secara automatik bergelar ahli Bhayangkari, lapor Wolipop.

Bhayangkari adalah persatuan isteri-isteri polis Indonesia yang merupakan salah satu organisasi besar dan terhormat di republik itu sejak 1949.

“Meskipun diri ini hanya lepasan sekolah menengah, syukur kerana suami masih memilih saya untuk menjadi isteri,” tulis Ege pada kapsyen video.

Walaubagaimanapun, tujuan dia memuat naik video berkenaan bukanlah untuk riak kerana memilik suami anggota polis tetapi adalah untuk menyeru agar wanita yang tidak berpeluang melanjutkan pelajaran untuk tidak hilang yakin diri terutama dalam soal jodoh.

“Jangan rasa diri tidak berharga walau kita hanya lepasan sekolah menengah kerana cinta itu tidak mengenal darjat,” ujar Ege.

Sumber: Wolipop & TikTok Halloge2

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×