Inspirasi

[VIDEO] Cikgu Potong Rambut & Bersihkan Kutu Pelajar Perempuan

33
SHARES

Tindakan seorang guru tular di media sosial apabila dia bertindak memotong dan membersihkan rambut muridnya yang dipenuhi kutu. Video tersebut dimuat naik dalam akaun TikTok milik guru itu sendiri iaitu @zeraazzahra dan menunjukkan keadaan rambut murid yang dipenuhi kutu. Wajah pelajar tidak ditunjukkan, hanya bahagian belakangnya sahaja yang ada ditunjukkan.

Baca juga: Akibat Tidur Dalam Kelas, Guru Siram Air Ke Kepala Pelajar

CIKGU POTONG RAMBUT & BERSIHKAN KUTU PELAJAR PEREMPUAN

Menerusi video tersebut, kelihatan guru berkenaan membawa pelajarnya keluar dari kelas. Pelajar itu duduk dan guru berkenaan kemudiannya mula menggunting rambut murid tersebut sedikit demi sedikit.

Guru bernama Zera itu kemudian meminta seorang guru lain membantu menyikat rambut pelajar itu. Sementara itu, dia bertanya kepada pelajar berkenaan sama ada ibunya tau rambutnya dipenuhi kutu.

“Tahu cikgu, tapi ibu sentiasa sibuk bekerja,” jawab gadis itu.

Difahamkan, pelajar itu memakai tudung setiap hari di sekolah sehingga menyebabkan rambutnya menjadi lembap dan kutu itu semakin membiak. Ini merupakan kali pertama Zera mengendalikan pelajar yang mempunyai masalah banyak kutu di rambutnya.

“Semangat anak cantik, cikgu akan terus pantai sampai kamu bebas kutu,” jelas cikgu berkenaan.

@zeraazzahra

Semangat anak cantik ,,, bu guru pantau terus sampai kamu bebas kutu🤗

♬ Ojo Di Bandingke – Denny Caknan

Perkongsian video tersebut mendapat jutaan penonton dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh komen positif warganet memuji tindakan guru berkenaan.

Sumber: Wolipop & TikTok Zera Az Zahra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×