Siapa yang tidak mengenali wajah utama barisan hadapan negara yang menghiasi televisyen setiap hari memerangi wabak coronavirus iaitu Datuk Dr. Noor Hisham. Kebetulan, hari ini bersamaan 21 April merupakan hari ulangtahun kelahiran beliau yang ke 57 tahun. Ribuan ucapan terima kassih dan hari lahir dizahirkan oleh rakyat melalui laman media sosial yang menggelar beliau sebagai ‘hero’ Malaysia.
Bukan itu sahaja, terdapat juga satu perkongsian video oleh seorang kanak-kanak apabila dia membuat ucapan hari lahir dengan telatah yang sangat comel!
LUKIS SIAPA? LUKIS HERO!
Antara babak yang dilakonkan oleh kanak-kanak bernama Shanice Lim berumur 4 tahun itu apabila ayahnya menyoalnya ketika melukis dan jawapannya adalah melukis wajah hero negera. Bukan itu sahaja, pesanan khidmat masyarakat seperti tidak membenarkan neneknya untuk keluar dari rumah pun turut disertakan.
JANGAN LUPA MASK, CUCI TANGAN
Comelnya, bukan sahaja memberi atuknya sekeping topeng muka untuk dipakai sepanjang waktu genting ini, Shanice juga turut memberi pesanan agar sentiasa mencuci tangan bagi menjaga kebersihan diri.
Bukan sahaja comel dan kreatif, telatah kanak-kanak berbangsa Cina ini juga dipuji ramai kerana fasih berbahasa Melayu walaupun baru berumur 4 tahun.
Tahniah Dato’ Hisham !!!#stayhome#staysafe#kitajagakita
Posted by سايفول يازن on Monday, April 20, 2020
Sumber: Saifulizan