Inspirasi

[VIDEO] “Terima Kasih Cikgu…”- Ramai Sebak Cikgu Bantu Murid OKU Cuba Sukan Lompat Tinggi

304
SHARES

Tidak semua insan di muka bumi ini dilahirkan sempurna dan kekurangan itu merupakan keistimewaan kurnian Allah. Begitulah yang dirasai oleh seorang murid lelaki OKU apabila menghadapi masalah sukar untuk berjalan dan dengan bantuan gurunya dia berjaya melepas palang lompat tinggi di sekolah. Kasih sayang seorang memang tiada tandinginya. Sebak…

Baca juga: [VIDEO] “Air Mata Datang Dari Hati…”- Kanak-Kanak Menangis Rindu Arwah Ibu Buat Warganet Sebak…

RAMAI SEBAK CIKGU BANTU MURID OKU CUBA SUKAN LOMPAT TINGGI

Menerusi video tersebut, dapat dilihat situasi riuh dan seorang pelajar lelaki OKU sedang berlari mencuba untuk melepasi palang sukan lompat tinggi tersebut.

Situasi riuh itu bertukar sebak apabila kelihatan seorang guru sedang menunggu pelajar berkenaan berlari ke arah palang tersebut. Lebih menghibakan apabila guru berkenaan bertindak mengangkat pelajar OKU itu untuk melepas palang lompat tinggi.

@kentangterox

Alhamdulillah tahun ni lepas juga😂#fyp #ackn #NNN #viral

♬ bunyi asal – Haikal ackn🍁 – Haikal ackn🍁

“Alhamdulillah tahun ni lepas juga,” tulis abang kepada pelajar OKU berkenaan.

Tindakan lelaki tersebut mendapat tepukan dan sorakan gemuruh para pelajar yang ada di padang pada ketika itu. Jelas kelihatan wajah gembira pelajar OKU bernama Syafi Zikri.

“TAHNIAH CIKGU, TERHARUNYA…”

Perkongsian video tersebut menerima 1,000,000 tontonan dan sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang memuji tindakan cikgu berkenaan. Jelas mereka, cikgu tersebut sangat bertimbang rasa dan pasti anak muridnya turut menyayangi cikgu lelaki itu.

Sumber: TikTok Haikal Ackn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×