Famili

[VIDEO] Telatah Lucu Anak Sanggup Tidur Dengan Ikan Mentah, Bila Tak Ada Meraung!

14
SHARES

Telatah anak kecil di rumah sememangnya sudah tentu mempunyai banyak kerenah dan juga telatah yang sukar dikawal oleh ibu bapa. Lebih-lebih lagi jika mereka sedang marah dan menangis, habis semua barang di rumah dibuangnya kerana tidak puas hati.

Sikap mereka ini memang tidak dapat dijangka dan ada juga telatah yang dilakukan kadang kala berada di luar fikiran. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu di laman TikTok mengenai sikap anak lelakinya.

Baca juga: [VIDEO] Ibu Goreng Ikan Keli Kesayangan, Budak Lelaki Menangis Tak Nak Makan

TELATAH LUCU ANAK SANGGUP TIDUR DENGAN IKAN MENTAH

Menerusi video berdurasi 14 saat itu, Farisha Iris berkongsi satu momen lucu apabila budak lelaki itu sedang tidur sambil memeluk seekor ikan mentah belum dimasak.

Difahamkan, kanak-kanak berkenaan sangat sukakan ikan dan akan memeluk ikan sehingga dia tidur dan baru ikan mentah itu dilepaskan daripada pelukannya.

“Bertuahnya anakku. Dia suka fish, dia peluk fish sampai tertidur. So kena la tunggu dia tidur, lepastu simpan balik fish tu,” katanya.

@farisha_iris

Bertuahnya anak ku ❤️ Dia suka fish, dia peluk fish sampai tertidur. So kena la tunggu dia tidur, pastu simpan balik fish tu 🥹 #fyp #fypシ

♬ original sound – Farisha Iris – Farisha Iris

Meninjau ke video lain, kelihatan si kecil itu menangis kerana tidak mahu mandi tetapi dia berjaya dipujuk oleh keluarganya apabila diberi ikan mentah sebagai permainan untuknya. Wah, macam-macam ya!

“LAIN MACAM CITARASA ADIK…”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat gelagat si kecil itu sangat comel dan melucukan. Ada juga berpendapat citarasa kanak-kanak itu lain daripada lain dan sangat menghiburkan.

Sumber: TikTok Farisha Iris

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×