Inspirasi

[VIDEO] Susun Elok-Elok & Tak Campak Setiap Kali Hantar Barang, Lelaki Ini Terima Pujian

538
SHARES

Selepas membeli barang, pasti tidak sabar menunggu penjual menghantar parcel kita kan? Kalau boleh mesti seharian nak tunggu depan pintu sehingga barang yang dipesan sampai dengan selamat.

Walau bagaimanapun, ada kala barang yang sampai tidak selamat dan pecah akibat kecuaian syarikat penghantaran barang dalam mengendalikan semua parcel yang ada.

Baca juga: [VIDEO] Berniaga Tepi Jalan Pun Daif, Tapi Pakcik Murah Hati Beri Minyak Secara Percuma…

“TERIMA KASIH SEBAB IKHLAS BUAT KERJA”

Menerusi video berdurasi hanya 14 saat itu, ia memaparkan kesungguhan dan ketelusan seorang pekerja lelaki di salah sebuah syarikat penghantaran barang yang tidak mencampak dan meletakkan barang secara tertib dan elok.

Menurut perkongsian gadis itu, pekerja tersebut tidak pernah mencampak barang walaupun kecik dan ringan. Tambahnya lagi, pekerja itu sememangnya akan menghantar barang ke rumahnya setiap hari. Selain itu, dirinya sedang menjalani kuarantin di rumah dan terpaksa melihat dari atas sahaja.

“Setakat ini tak pernah lagi nampak dia campak barang. Walaupun parcel kecil dan ringan, dia sanggup turun dari motor dan susun elok-elok,” tulisnya.

Video yang mendapat hampir satu juta tontonan itu dibanjiri komen daripada netizen memuji selain turut mendoakan agar sentiasa pemuda itu dimurahkan rezeki dalam segala hal.

Sumber: TikTok Kerepek Hijau

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×