Famili

[Video] Surirumah Pun Perlu Ada Perlindungan!

8
SHARES

Bila sebut perkataan suri rumah, pastinya semua akan fikir, seorang wanita yang berkahwin dan tidak bekerja dan mereka hanya melakukan kerja-kerja di rumah.

Jadi suri rumah ni bukanlah tugas yang mudah, namun tugas suri rumah sebenarnya lagi penat nak dibandingkan dengan tugas wanita yang bekerja diluar sana.

Bayangkan mak-mak kita dulu, sebelum kita bangun mak dah bangun siapkan sarapan satu keluarga, lepas buat sarapan nak kemas rumah, nak cuci baju. Kadang tu bila kita semua dah balik rumah mak masih buat kerja-kerja rumah.

PERKESO Perkenalkan Skim Khas Untuk Suri Rumah

Pernah tak terfikir, bila agaknya seorang suri rumah ni berehat dan adakah mereka dilindungi sekiranya berlaku kecederaan?

Kalau korang nak tahu, PERKESO telah memperkenalkan satu skim yang special untuk golongan suri rumah iaitu Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang bertujuan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial daripada bencana domestik dan keilatan semasa menguruskan rumah tangga.

Yang lagi menarik, bukan suri rumah yang dah berkahwin je tau boleh mencarum skim ni tapi yang bujang dan bekerja pun boleh tau! Tapi, kecederaan macam mana je yang skim ni cover? Kalau tergelincir ke, kemalangan ke boleh ke kita claim? 

Kalau korang tertanya-tanya, korang kena tengok dulu video dekat bawah ni:

Haa menarik kan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah ni? Jadi, kalau korang nak mencarum skim ni, mestilah di bawah umur 55 tahun dan korang juga boleh mula mencarum dengan harga serendah RM10 sebulan iaitu RM120 setahun yang perlu dibayar terlebih dahulu.

Skim ini juga menawarkan dua jenis perlindungan iaitu bencana domestik iaitu kejadian sehingga menyebabkan hilang upaya kekal untuk melakukan apa-apa aktiviti sebagai seorang suri rumah atau sehingga menyebabkan kematian dan keilatan iaitu penyakit atau keuzuran tertentu. 

Jadi apa korang tunggu lagi? Suri Rumah pun kena mencarum tau sekarang ni, sebab kita tak tahu bila kita akan berhadapan dengan kemalangan. Jangan bila dah kena baru nak menyesal.

Kalau nak tahu maklumat lanjut mengenai Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ni, korang boleh layari laman web https://www.perkeso.gov.my

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×