Famili

[VIDEO] Simpan Air Untuk Bekalan, ‘Plot Twist’ Anak Dengan Ayah Pula Yang Mandi!

144
SHARES

Umum mengetahui mengenai bekalan air yang terputus di kawasan Lembah Klang dan menyebabkan orang ramai terpaksa menyimpan stok air untuk kegunaan harian seperti mandi, memasak dan sebagainya. Menjengah ke laman media sosial, pelbagai idea digunakan untuk menyimpan bekalan air bersih.

Antara yang menarik perhatian apabila seorang ibu menyimpan bekalan air bersih menggunakan inflatable pool tetapi lain pula yang jadinya dan kejadian itu membuatkan wargenet turut terhibur.

Baca juga: [VIDEO] Trik Mudah Potong Rambut Anak Guna Face Mask, Baru Tak Masuk Mata!

SIMPAN AIR UNTUK BEKALAN, ‘PLOT TWIST’ ANAK DENGAN AYAH PULA YANG MANDI

Menerusi hantaran tersebut, ibu bernama Kylieeyaa menceritakan dia menggunakan inflatable pool tersebut untuk kegunaan ketika bekalan air terputus namun adik beradiknya telah memberitahu Kylieeyaa bahawa air yang disimpan itu sudah digunakan oleh anaknya bernama Adam untuk bermandi-manda.

Lebih menarik perhatian apabila, setibanya di rumah dia melihat bukan si kecil sahaja bermandi keseorangan malah suaminya juga turut keseronokan menggunakan air simpanan tersebut. Alamak!

“Semalam ummi tadah air sebab rumah kita tak ada air tiga hari. Lepas itu, mak ngah dia bagitau Adam dah seronok berenang. Ayah dia pun join sekali,” jelasnya.

Apa yang menghiburkan apabila anaknya hanya menyimpan dua baldi kecil air tersebut untuk kegunaan penting. Jelasnya, perasaan sedih dan kelakar bercampur ketika itu kerana tindakan si comelnya itu.

“SAYA PUN ISI JUGA, TAPI KUCING CAKAR”

Video tersebut menerima setengah juta tontonan dan ada juga yang menggunakan idea sama tetapi tidak dapat digunakan dek kerana kucing mencakar kolam renangnya itu.

Ada juga ibu-ibu yang turut mengalami kejadian tersebut dan anak-anak mereka meminta untuk mandi di dalam kolam tersebut dan tidak sempat untuk menggunakannya.

Sumber: TikTok Kylieeyaa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×