Kini Trending

[VIDEO] ‘Siap Bawa Periuk Nasi’- Sampai Dalam Airport Pun Buat Picnic Ke?

302
SHARES

Setiap kali berkunjung ke lapangan terbang pasti kita akan mengambil masa yang lama sebelum berlepas bukan? Maklumlah, kita perlu pastikan kita tiba awal di lapangan terbang supaya dapat menguruskan urusan penting di balai pelepasan.

Jadi, salah satu cara untuk menghabiskan masa adalah dengan menjamu selera terlebih dahulu. Namun, selain dari menjamu selera di restoran yang terdapat di sana ada juga dalam kalangan kita yang menjamu selera secara piknik di lapangan terbang. Lain macam!

Baca juga: Ibu Pergi Tidur Hotel, Anak OKU 13 Tahun Ditinggal Sendirian Terjun Dari Apartmen 

DALAM AIRPORT PUN BUAT PICNIC KE?

Baru-baru ini tular di laman media sosial memaparkan sekumpulan individu sedang makan secara duduk dan bersila di atas lantai berdekatan dengan tempat menunggu dalam ruang legar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Bukan sekadar menjamah makanan ringan, dalam video tersebut juga memaparkan kumpulan individu terbabit juga menjami selera seolah-olah sedang berkelah dan makan hidangan lengkap nasi serta lauk.

“SAMPAI BAWA PERIUK NASI!”

Perkongsian video ini sudah semestinya mendapat respon dan reaksi pelbagai dari warga netizen yang berpendapat bahawa tindakan tersebut adalah tidak sopan. Bukan itu sahaja, ada yang memberikan tanggapan positif terhadap tindakan tersebut.

Namun pun begitu, sudah 24 jam video berkenaan tular namun pihak KLIA masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sumber: Twitter @arfdy12

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×