Inspirasi

[VIDEO] Semangat Guru Pendidikan Khas Didik Anak Murid Terima Pujian

2.5K
SHARES

Kebolehan dan kemampuan guru pendidikan khas berhadapan murid yang istimewa itu adalah satu kemestian bagi guru pendidikan khas. Ia merupakan antara cabaran yang paling besar untuk mereka untuk melahirkan sikap positif kepada anak murid tersayang.

Pengajaran dan pembelajaran untuk pendidikan khas menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid. Ini bermakna guru-guru pendidikan haruslah kreatif dan sabar dalam melaksanakan tugas.

Baca juga: [VIDEO] Guru Inovasi Troli Khas Untuk Pelajar OKU Sertai Larian Dapat Pujian

SEMANGAT GURU PENDIDIKAN KHAS DIDIK ANAK MURID TERIMA PUJIAN

Perkara ini sama seperti perkongsian seorang guru wanita di laman TikToknya. Menerusi video tersebut, Cikgu Azura berkongsi momen acara seperti sukaneka mini untuk pelajar pendidikan khasnya.

Dalam video berdurasi satu minit itu, cikgu Azura jelas kelihatan sedang mengajar anak muridnya membaling bola kecil tetapi dengan penuh rasa sabar. Dia juga turut memesan agar mengamalkan prinsip 5P jika mengajar murid pendidikan khas.

Prinsip 5P yang dimaksudkan ialah:

  • Positif
  • Penghibur
  • Pemudah cara
  • Penyayang
  • Penyabar

Tambah cikgu Azura lagi, dalam mewujudkan suasana yang kondusif dan tidak tertekan, guru harushlah lebih ‘over’ agar anak murid turut bersemangat untuk bermain.

“InsyaAllah cikgu akan bimbing kamu sebaiknya. Walaupun basah berjeruk ketiak cikgu setiap hari,” luahnya di ruangan kapsyen.

“TANGAN YANG AKAN MEMIMPIN CIKGU KE SYURGA..”

Sudah pasti video yang menerima 121,100 tontonan itu dibanjiri komen warganet memuji sikap positif cikgu Azura yang dipaparkan untuk tontonan umum dan bangga melihat kesabaran yang dimiliki oleh seorang guru.

Tidak dilupakan, titipan doa juga sempat dicoret di ruangan komen mengharapakan agar urusan cikgu dipermudahkan dunia dan akhirat.

Sumber: TikTok Cikgu Azura

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×