Dapur

[VIDEO] Resipi Peria Goreng Ala Mamak, Rangup & Tak Pahit!

12
SHARES

Peria goreng memang sedap! Nampak macam biasa sahaja tetapi mempunyai nilai khasiat yang sangat luar biasa. Ia dikatakan mampu mengatasi masalah tekanan darah tinggi. Walau bagaimanapun, ramai yang kurang menggemari makanan ini kerana rasanya yang sangat pahit.

Satu perkongsian dimuat naik oleh pengguna Tiktok @CheDave VeganJourney mengenai resipi peria goreng ala mamak. Ikut artikel ini dengan lebih lanjut.

Baca juga: Cara Buat Semburan Organik Bawang Putih, Tanaman Selamat Daripada Serangga Perosak

Nak tahu rahsia peria kedai mamak, ha tengok video ini. Ada ke tak suka peria, setahu saya kawan-kawan saya yang tak suka makan peria pun kalau dia pergi kedai mamak terus jadi suka pula kan. Sebab dia memang crispy dan sedap.

Bahan-bahan:

  1. Tepung beras
  2. Tepung kacang kuda
  3. Serbuk kunyit
  4. Serbuk cili
  5. Serbuk jintan putih.
  6. Garam

Okey cara dia sangat mudah kalau nak guna peria katak ataupun peria yang ini pun boleh buang biji dia.

Lepas itu, gaulkan dengan garam dan perapkan dia lebih kurang 30 minit. Lepas itu, squish keluarkan semua air daripada peria itu.

Okey dah dapat dry macam ini, baru akan buat marination. Air itu yang buat pahit jadi terus buang.

Baru boleh letakkan tepung beras, tepung kacang kuda, kunyit, serbuk cili dan sedikit serbuk jintan putih. Gaul sebati.

Lepas itu, letakkan sedikit garam. Gaul sehingga sebati. Letak sedikit air kalau tak macam mana nak marinate kan

Panaskan minyak dan boleh mula goreng. Pastikan semasa goreng letak satu-satu peria itu ya.

Dah siap!

VIDEO PENUH

@chefdaveveganjourney

PERIA GORENG ALA KEDAI MAMAK – CHEF DAVE #chefdaveveganjourney #resipivegan #veganstyle #veganrecipe #masakanvegan #malaysianchef

♬ original sound – ChefDave VeganJourney – ChefDave VeganJourney

Sumber: Tiktok CheDave VeganJourney

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×