Famili

[VIDEO] “Kecil Kecil Dah Pandai…”- Duit Raya Tak Nak Beli Mainan Tapi Beli Barangan Kemas

60
SHARES

Satu perkongsian di aplikasi TikTok mendapat perhatian warganet dek kerana seorang kanak-kanak perempuan mengambil keputusan untuk membeli barangan kemas menggunakan duit raya yang diterimanya.

Perkongsian itu dikongsi sendiri oleh ibunya dan sebagai seorang ibu sudah tentu akan menunaikan permintaan si anak. Betul juga idea si kecil ni untuk membeli emas, boleh digunakan untuk masa hadapan. Kalau beli mainan cepat hilang. Betul tak?

Baca juga: [VIDEO] “Alhamdulillah…”- Beli Kereta Pertama Guna Duit KWSP, Rezeki Anak-Anak

DUIT RAYA TAK NAK BELI MAINAN TAPI BELI BARANGAN KEMAS

Menerusi video berdurasi 19 saat itu, ibu dikenali Diyana Razip menyatakan anaknya lebih memilih untuk membeli barangan kemas berbanding permainanan.

Dapat dilihat melalui video itu, sambil makan muruku, kanak-kanak perempuan tersebut memberi beberapa keping wang ringgit kepada pekerja kedai barangan kemas itu.

“Duit raya beli emas. Kecil-kecil dah pandai nak beli emas budak ni,” jelas ibunya di ruangan kapsyen.

@diyanarazip2

Kecik2 dah pandai nak beli emas budak ni 😅

♬ Raya Raya Raya – DOLLA

“BAGUSNYA FIKIR MASA DEPAN…”

Perkongsian video tersebut menerima hampir 300,000 penonton dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh warganet.

Mereka rata-rata memuji tindakan kanak-kanak perempuan itu kerana membuat pilihan bijak dan barangan kemas boleh digunakan dalam jangka masa panjang.

Sumber: TikTok Diyana Razip

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×