Famili

[VIDEO] “Alhamdulillah…”- Beli Kereta Pertama Guna Duit KWSP, Rezeki Anak-Anak

701
SHARES

Umum mengetahui, baru-baru ini kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Pembayaran secara one-off sudah mula diberikan secara berperingkat bermula 18 April yang lalu dan ia sedikit sebanyak memudahkan urusan rakyat Malaysia.

Baca juga: Kerajaan Umum Kebenaran Pengeluaran Simpanan KWSP RM10,000

BELI KERETA PERTAMA GUNA DUIT KWSP, REZEKI ANAK

Hal ini dapat disamakan dengan satu perkongsian sebak di laman TikTok milik seorang pengguna dikenali sebagai @hello_eyka. Pengeluaran Khas KWSP ternyata memberi sinar baharu buat mereka sekeluarga dan ia merupakan satu berita gembira meskipun tidak semewah orang lain.

Jelas ibu yang mesra disapa Atikah, mereka menggunakan duit KWSP itu untuk membeli sebuah kereta kancil bewarna merah dan menyifatkan ia satu rezeki untuk anak-anak setelah sekian lama hanya menggunakan motorsikal untuk meneruskan kehidupan.

@atikah_la_la_la

rezeki anak2 dapat duit kwsp terus beli kereta😊

♬ Tetap Disini – Maulana Ardiansyah

“Rezeki anak-anak dapat duit KWSP terus beli kereta,” katanya di ruangan kapsyen.

Meninjau ke video lain, ibu berkenaan turut berkongsi hari gembira di mana dia mula menghantar anak ke sekolah dengan menaiki kereta. Perkara ini sudah tentunya mengembirakan anak-anak terutamanya si sulung kerana begitu teruja dengan kereta baharu itu.

@atikah_la_la_la

harini bermula lah hantar anak kesekolah naik kereta tgk muka anak sulung tu happy je.😊

♬ DJ Senyumanmu Membuatku Tersenyum Malu – Yudha Paramata

“ALHAMDULILLAH, MACAM NI BARU BETUL…”

Perkongsian video tersebut menerima setengah juta tontonan dan sudah tentunya dibanjiri komen oleh warganet. Rata-rata di ruangan komen turut gembira melihat kehidupan baharu buat Atikah sekeluarga.

Sumber: TikTok Hello Eyka

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×