Sudah menjadi lumrah dalam kalangan ibu hamil pasti akan ada momem-momen ‘mengidam’ bukan? Ada yang mengidam benda-benda biasa sahaja seperti makanan dan ada juga yang luar dari kebiasaaan. Inilah masanya untuk bermanja dengan si suami dan paling menyeronokkan adalah benda yang diidamkan tersebut dituruti! Sama macam perkongsian suami ini apabila isterinya mengidam nak bau jalan tar!
Baca juga: Suami ‘Terkena’ Alahan Isteri Hamil, Sampai Mabuk Nak Drive!
ISTERI MENGIDAM NAK BAU TAR JALAN
Menurut perkongsian di laman Tiktok milik @nazirrkatimon ini, dia berkongsikan video mengenai isterinya yang sedang hamil mengidam untuk bau jalan tar. Dalam video tersebut, dia juga bertanya kepada orang ramai apakah lagi gelagat isteri orang ramai apabila sedang mengandung.
Oleh kerana isteri mengidam untuk bau jalan tar yang sedang diturap, dia pun membawa isteri ke kawasan jalan yang sedang diturap dan isterinya dapat bau tar tersebut dari dalam kereta. Macam-macam!
Video yang mendapat tontonan lebih dari 200 ribu dalam masa tak sampai dua jam ini mendapat reaksi orang ramai yang rata-rata mengatakan situasi ini adalah lucu dan boleh dikenang sepanjang hayat. Dah sayangkan isteri, mestilah kena tunaikan permintaan betul tak?
‘NGIDAM NAIK KERETA POLIS’
Menjengah ke ruangan komen, ada juga dalam kalangan warganet yang berkongsikan pengalaman dan kisah mengidam semasa hamil. Ramai juga yang memuji saudara ini kerana sudi ikut dengan permintaan si isteri.
Sumber: Tiktok @nazirrkatimon