Famili

[VIDEO] Suami ‘Terkena’ Alahan Isteri Hamil, Sampai Mabuk Ketika Drive!

2.6K
SHARES

Pasangan yang serasi adalah apa yang diidamkan oleh setiap lelaki dan wanita. Bila serasi, barulah rasa kebahagiaan dalam setiap perkara yang dilakukan selepas melangsungkan perkahwinan. Bukan sahaja wajah yang seiras, malah pasangan serasi juga dikaitkan dengan si suami akan terkena ‘alahan’ apabila isteri hamil. Memang melucukan, seperti perkongsian dari wanita ini yang menceritakan bahawa suaminya mengalami alahan teruk sampai tak boleh pandu kereta!

Baca juga: Penangan PKP, 14 Tahun Kekal Bongsu Sekali Mak ‘Bagi’ Adik Baharu!

Terpaksa tukar driver sebab muntah teruk tengah jalan

Menerusi perkongsian video daripada @fatehahefa7392, kelihatan lelaki itu terpaksa berhenti beberapa kali di tepi jalan gara-gara tidak tahan dengan alahan dan muntah teruk semasa isterinya mengandung.

“Rasa bahagia bila pregnant takda alahan tapi kesian pula tengok dia yang kena alahan orang pregnant. Sabar wahai husband ya bertahan saja,”

@fatehahefa7392rasa bahagia bila pegnen xda alahan tpi kesian plak tgk dia yg kena alahan org pegnen…sabr wahai husbnd iya b’tahan sja ##pejuangektopik9week6day##fyp♬ Dj Beta Janji Beta Jaga Slow – DJ Mbon Mbon

ITULAH YANG DINAMAKAN SEHATI SEJIWA

Perkongsian ini mendapat perhatian warganet apabila ramai yang meninggalkan komen dan sama-sama terhibur dengan telatah pasangan suami isteri ini. Malah ada juga yang mengatakan bahawa inilah tanda pasangan tersebut serasi dan sehati sejiwa.

“Itulah dinamakan sehati sejiwa sama-sama mengandung, cuma yang melahirkan isterinya je. Tahniah ya jaga baby baik-baik” 

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 334.5K tontonan, 24.6K tanda suka dan 1.4K perkongsian di TikTok. Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat suami wanita itu yang terkena alahan isterinya.

Malah, ada juga yang berpendapat bahawa lelaki yang mengalami alahan semasa isteri sedang mengandung itu tandanya mereka sangat menyayangi si isteri.

Sumber: Tiktok @fatehahefa7392

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×