Advertorial

[VIDEO] Iklan Raya Digi 2019 Beri Inspirasi Buat Rakyat Malaysia, Anda Wajib Tonton!

4.8K
SHARES

Memang dekat-dekat nak raya ni, media sosial biasanya akan dibanjiri dengan pelbagai video iklan hari raya yang best-best. Macam-macam versi iklan kita boleh tengok dan semuanya kreatif belaka.

Tapi kami di Sirap Limau tertarik dengan iklan yang satu ini, sebuah dokumentari pendek yang cukup memberi inspirasi. Iklan raya Aidilfitri 2019 berjudul Hero Realiti terbitan Digi ni boleh buat anda rasa sebak, bangga dan dalam masa yang sama gembira.

Iklan ini mengisahkan tentang Encik Md Zin yang menderita penyakit strok dan setelah itu segala pergerakannya menjadi terhad termasuklah tidak dapat menunaikan ibadat dengan sempurna seperti orang lain.

Encik Md Zin sentiasa menyimpan harapan dan selalu berdoa agar penyakit yang dihidapinya segera pulih agar dia dapat kembali menunaikan solat seperti biasa. Katanya, raya tahun ini tidak bermakna jika tidak dapat solat sunat hari raya. Sedihnya!

Faktor tempat tinggal yang jauh daripada pusat terapi fisio yang sememangnya ada menyediakan program terapi khas untuk pesakit strok juga sedikit sebanyak menghalang Encik Md Zin untuk berulang alik ke sana bagi mendapatkan rawatan secara berkala.

Ini menyebabkan proses pemulihan memakan masa yang lebih panjang kerana pesakit strok memerlukan terapi yang lebih kerap untuk melatih mereka kembali berjalan dan melakukan tugasan harian seperti biasa. Justeru, Encik Md Zin sangat berharap supaya terapi fisio ini boleh dibuat di rumah kerana ia lebih mudah.

Melalui iklan ini,  Digi  dengan inisiatif dan kerjasama pihak Fakulti Perubatan, UiTM, Kampus Sg. Buloh serta Motiofixo telah berjaya menunaikan impian Encik Md Zin untuk membawa keluar terapi fisio ini daripada hospital ke rumah Encik Md Zin sendiri.

Dengan teknologi VR, Encik Md Zin akhirnya dapat menjalani terapi fisio dengan lebih mudah. Nak tahu bagaimana teknologi ini membantu Encik Md Zin sehingga kembali pulih? Anda wajib tonton video kat bawah ini.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×