Kini Trending

[VIDEO] Ibu Terkejut Anak Beli Pedal Ayam Masih Mentah Di Kantin Sekolah, Bila Report…

95
SHARES
resepi ayam

Bila anak-anak sudah mula sesi persekolahan, tidak semua dalam kalangan mereka yang membawa bekal dari rumah dan perlu membeli makanan di kantin sekolah. Namun, timbul banyak isu yang berkaitan dengan makanan kantin sekolah antaranya, isu harga dan kualiti masakan makanan tersebut.

Begitu juga dengan perkongsian seorang ibu ini apabila anaknya membeli pedal ayam yang masih mentah di kantin sekolah. Macam mana nak makan?

Baca juga: Tak Payah Tunggu Kerja, Bapa Ini Daftar Anak KWSP Seawal Usia 14 Tahun Untuk Simpan Duit

ANAK BELI PEDAL AYAM MASIH MENTAH DI KANTIN SEKOLAH

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila seorang ibu yang dikenali dengan nama Mawar Qaseh mengakui terkejut selepas mengetahui anaknya membeli pedal ayam yang masih mentah. Lebih membimbangkan apabila pihak kantin sekolah dipercayai tidak mencuci bahagian dalam pedal itu dengan bersih sebelum ia dimasak.

Dakwa Mawar Qaseh lagi, dia sudah melaporkan perkara itu kepada pihak sekolah namun tenaga pengajar di sana dipercayai seakan-akan tidak mengambil tindakan terhadap pengusaha kantin. Sebaliknya tenaga pengajar hanya memberi nasihat kepada para pelajar supaya memeriksa makanan terlebih dahulu sebelum menjamahnya.

Kisahnya, anak beli ayam goreng dekat kantin sekolah. Ibu buat report pada cikgu. cikgu pesan pada anak murid sebelum makan tengok dulu. Makcik kantin?

@crystalhijab1493

kisahnya, anak beli ayam goreng dekat kantin sekolah. Ibu buat report pada cikgu. cikgu pesan pada anak murid sebelum makan tengok dulu. Makcik kantin ???

♬ Piu Piu Piu – 拼音师

“MINTA BUAT ADUAN”

Sudah pasti ruangan komen dibanjiri dengan pelbagai reaksi dari warganet yang turut risau dengan perkara ini. Ramai dalam kalangan warganet menyarankan supaya bagi sesiapa yang berada dalam situasi ini melaporkan aduan kepada pihak berkuasa supaya tidak ‘menjadi-jadi’!

Sumber: Tiktok @crystalhijab1493

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×