Famili

[VIDEO] Ibu Kecewa Anak Baru 3 Hari, Mentua Dah Suap Bubur Nasi Senyap-Senyap

391
SHARES

Umum mengetahui, bayi yang baru dilahirkan tidak boleh diberi makan dan minum selain susu ibu sahaja. Hal ini kerana akan menyebabkan bayi tidak selesa dan mendatangkan kemudaratan.

Walaubagaimanapun, masih ada juga segelintir individu yang tidak bertanggungjawab dan berani memberi bayi berusia tiga hari makanan.

Baca juga: “Saya Dah Cuba Halang…”- Bayi Usia 3 Hari Bengkak Gara-Gara Disuap Biskut Oleh Mentua

IBU KECEWA ANAK BARU 3 HARI, MENTUA DAH SUAP BUBUR NASI

Itulah perkara yang perlu dilalui oleh seorang ibu bernama Alya apabila anak berusia tiga hari disuap makanan oleh mentua secara senyap-senyap.

Perkara ini dikongsi sendiri di laman TikTok dan kejadian itu berlaku ketika dia keluar untuk membasuh kain di sungai dan jirannya mengirim satu rakaman video yang memaparkan anaknya disuap makan oleh ibu mentua.

@alya_82

sungguh nyesak dada ini liat anak umur 3hari sudah diberi bubur SUN pdhl udah dilarang keras dg bidannya beginilah kalau tinggal dg mertua dan saudara2nya serba salah 😭😭😭#anakku #bayi #fyp

♬ Buah Hati – Armada

“Ibu menyuap anak saya dalam diam semasa saya tengah cuci baju dekat sungai. Yang rakam video ni jiran saya dan dia hantar ke saya. Doakan saya semoga saya dapat pergi dari sini,” luahnya.

Dapat dilihat melalui perkongsian video tersebut, wanita tua sedang menyuapkan bayi itu bubur nasi. Walaupun sudah dihalang, mentuanya tetap berkeras dan tidak menghiraukannya.

“KESIANNYA, YA ALLAH…”

Perkongsian video yang menerima hampir 1 juta tontonan itu sudah tentunya dibanjiri komen. Meninjau ke ruangan komen,  rata-rata warganet tidak berpuas hati dengan tindakan ibu mentua wanita tersebut.

Sumber: TikTok Alya

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×