Famili

“Saya Dah Cuba Halang…”- Bayi Usia 3 Hari Bengkak Gara-Gara Disuap Biskut Oleh Mentua

348
SHARES

Seorang ibu di laman TikTok meluahkan rasa kecewa dan sedih dengan perbuatan mentuanya terhadap anak kecilnya. Menurut ibu itu, dia sangat terkejut sejurus sahaja melihat keadaanya yang baru sahaja berusia tiga hari itu lain daripada lain dan tidak seperti hari biasa.

Video tersebut ternyata mendapat perhatian netizen yang turut terkejut serta geram kerana tidak disangka-sangka mentuanya sanggup melakukan hal itu terhadap bayi berusia tiga hari.

Baca juga: [VIDEO] “Allahu Main Sumbat Je”- Baby Baru Lahir Tapi Ibu Bangga Terus Suap Makanan!

BAYI USIA 3 HARI BENGKAK GARA-GARA DISUAP BISKUT OLEH MENTUA

Menerusi perkongsian video dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @YustiRidayanti itu, dia menjelaskan keadaan anaknya yang bengkak akibat diberi makan biskut. Meskipun baru sahaja berusia 3 hari tetapi sudah disuap kudapan biskut sebanyak 3 kali sehari oleh ibu mentuanya sendiri. Aduh!

BENGKAK

“Di mukanya banyak bintik-bintik merah. Saya sapu guna tepung kanji. Setelah itu dadanya bengkak sebab baru tiga hari tetapi sudah disuap biskut sebanyak tiga kali sehari,” jelas ibu tersebut.

Meninjau ke video lain, si comel itu dikatakan sudah semakin sembuh dan warganet turut menasihati agar tidak memberi sebarang makanan pejal sebelum usia 6 bulan.

Jelas Yusti, dia tahu mengenai perkara itu tetapi tidak dapat menghalang perbuatan ibu mentuanya itu kerana sudah banyak kali dihalang tetapi gagal.

“Alhamdulillah, sekarang dia dah bertambah sihat. Bukan saya tak tahu. Saya dah cuba halang mentua tetapi saya dimarahi olehnya,” tulis ibu itu di ruangan kapsyen.

Buat ibu bapa di luar sana, bayi hanya boleh menerima makanan pejal apabila sudah berusia 6 bulan ke atas sahaja. Susu ibu sudah cukup buat bayi berusia 6 bulan ke bawah.

Sumber: TikTok Yusti Ridayanti

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×