Famili

[VIDEO] Gara-Gara Nafkah Diberi Kurang, Suami Dapat Surat Tuntut Cerai Ketika Mahu Goreng Ikan

6
SHARES

Kehidupan berumah tangga bukanlah satu perkara mudah dan sudah tentunya pelbagai dugaan perlu dilalui untuk merasai nikmat kebahagiaan namun tidak semuanya berjaya dan terpaksa cerai demi kebahagiaan masing-masing.

Itulah yang terpaksa dilalui oleh seorang insan bergelar suami apabila si isteri meminta cerai dek kerana suaminya tidak memberi nafkah yang cukup.

Baca juga: [VIDEO] Ayah Kutip Mainan Dekat Sampah, Tak Malu Orang Kata Apa Janji Anak Happy

GARA-GARA NAFKAH KURANG, SUAMI DAPAT SURAT TUNTUT CERAI KETIKA MAHU GORENG IKAN

cerai

Menerusi perkongsian video TikTok oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai Ustaz Anas, lelaki itu mengadu tentang isu tuntutan cerai kerana nilai nafkah yang diberikan kepada si isteri rendah.

Lelaki itu hadir dalam keadaan kusut dan serabut memikirkan tindakan isterinya itu. Lebih mengejutkan apabila tangannya berwarna kuning kerana dia menerima surat tuntutan dari mahkamah ketika dia sedang menggaul ikan dengan kunyit untuk makan, namun hilang rasa lapar apabila menerima perkhabaran itu.

@anasjamaluddin85

Pengurusan kewangan amat penting dalam kehidupan berumahtangga. Jamgam sampai gadaikan kebahagiaan demi kehidupan di luar kemampuan kita. #mahkamahsyariah #cerai #akuterimanikahnya #nasihatguaman #abangajnasihat #fasakh #taklik #setiavscurang #kisahbenar #nafkah #semogamembantu

♬ original sound – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾 – NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

“Isteri saya menuntut cerai atas sebab nafkah yang diberikan kurang, tetapi ini semua disebabkan hawa nafsunya juga. Hutang saya makin bertimbun kerana isteri mahu melahirkan anak di hospital swasta sehingga saya terpaksa membuat pinjaman peribadi yang banyak,” ujar lelaki berkenaan kepada ustaz.

Perkongsian video tersebut dibanjiri komen warganet yang berpendapat sentiasa ukur di badan sendiri dan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan.

Sumber: TikTok Anas Jamaluddin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×