Famili

[VIDEO] Ayah Kutip Mainan Dekat Sampah, Tak Malu Orang Kata Apa Janji Anak Happy

29
SHARES

Bergelar ibu bapa bukanlah satu tugas yang mudah kerana perlu mengalas tanggungjawab besar untuk membesarkan anak-anak tercinta. Impian untuk memberi anak-anak kehidupan sempurna sudah tentunya menjadi keinginan setiap ayah namun tidak semua bernasib baik boleh merasai hidup yang sempurna.

Baca juga: [VIDEO] Elektrik ‘Mati’ Selama 17 Jam, Wanita Kongsi Idea Bernas Cara Nak Seterika Baju!

AYAH KUTIP MAINAN DEKAT SAMPAH UNTUK ANAK, TAK MALU ORANG KATA APA

Itulah yang dilalui oleh seorang bapa apabila sanggup membuang rasa malu dan mengutip mainan di tempat sampah untuk diberikan kepada anak-anaknya.

Menerusi video itu dapat dilihat lelaki berkenaan sedang sibuk mencuci mainan yang dikutip itu sehingga bersih sebelum diberikan kepada anaknya.

@abieaisymikhail

X malu ke ambik mainan kt sampah…x kisah lh org nk ckp apa.asal kn ank2 aku hppy dgn cara aku

♬ original sound – bOyS_sLoE YC – bOyS_sLoE

“Tak malu ke ambik mainan dekat sampah? Tak kisah lah orang nak cakap apa. Asalkan anak-anak aku happy dengan cara aku,” ujarnya.

Lelaki itu mengambil troli mainan untuk diberikan kepada anaknya yang berusia 5 tahun dan 3 tahun. Kedua-dua mereka gembira menerima hadiah tersebut meskipun anaknya tahu di mana si ayah mendapat mainan tersebut.

Difahamkan video tersebut dikongsi bertujuan agar penonton sentiasa menghargai jasa dan pergorbanan seorang ayah namun lain pula yang jadi apabila ramai yang tersentuh.

Perkongsian video tersebut sudah tentunya dibanjiri komen warganet dan rata-rata daripada mereka turut kagum melihat usaha si ayah untuk mengembirakan anak-anaknya di rumah. Kasih sayang seorang ayah membawa ke syurga.

Sumber: TikTok Abieaisymikhail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×