Famili

[VIDEO] Elektrik ‘Mati’ Selama 17 Jam, Wanita Kongsi Idea Bernas Cara Nak Seterika Baju!

28
SHARES

Idea kreatif seorang wanita di Indonesia mendapat perhatian ramai apabila menggunakan teknik lain untuk menyeterika pakaian suaminya. Ini kerana bekalan elektrik di rumahnya terputus selama lebih 17 jam dan tidak dapat menyeterika pakaian seperti biasa.

Baca juga: Baiknya Si Isteri, Sanggup Kahwinkan Suami Dengan Bekas Kekasih Demi Bahagia

ELEKTRIK ‘MATI’ SELAMA 17 JAM, WANITA KONGSI IDEA BERNAS CARA SETERIKA BAJU

 

Video tersebut dimuat naik menerusi akaun Instagram milik @hariankopas dan dapat dilihat wanita tersebut memanggang seterika elektrik di atas sebuah dapur gas selama beberapa minit sehingga panas.

Dia kemudian mengangkat seterika itu dan mengosok seluar milik suaminya berwarna coklat. Jelas kelihatan menerusi video tersebut seluar suaminya licin dan boleh digunakan untuk keluar bekerja.

Video tersebut sudah tentunya mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji tindakan kreatif wanita itu. Idea tersebut boleh dicuba jika seterika rosak atau tiada elektrik di rumah.

“Bekalan elektrik terputus selama lebih 17 jam pada Isnin, tetap perlu menyeterika pakaian,” jelas wanita itu dalam video berdurasi satu minit itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mengulas Hingga Tuntas (@hariankopas)

Sumber: Hariankopas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×