Famili

Baiknya Si Isteri, Sanggup Kahwinkan Suami Dengan Bekas Kekasih Demi Bahagia

3
SHARES

Lumrah seorang wanita pasti tidak akan menyukai bekas kekasih suaminya tetapi lain pula yang berlaku di India apabila seorang isteri mempersetujui perkahwinan suaminya dengan bekas teman wanita lelaki berkenaan.

Si isteri bertindak sedemikian apabila mengetahui perkara sebenar iaitu mereka masih mempunyai perasaan cinta antara satu sama lain.

Baca juga: Lelaki Terpaksa Tunggu Atas Pokok Hampir 2 Jam, Gajah Tak Nak ‘Masuk’ Hutan

BAIKNYA SI ISTERI, SANGGUP KAHWINKAN SUAMI DENGAN BEKAS KEKASIH

Menerui portal Oddity Central, rumahtangga mereka pada mulanya bahagia sahaja tetapi lain pula jadi apabila mendapat tahu si suami mencintai seorang lagi pencipta kandungan yang baru pindah di kawasan tersebut.

Nitya Sree yang merupakan bekas teman wanita lelaki berkenaan tidak mahu memutuskan hubungan suami isteri yang terjalin antara Vimala dan Kalyan jadi dia memilih untuk ‘masuk’ ke dalam keluarga tersebut.

Apabila Nitya berpindah ke Tirupati, dia mendapati bahawa mereka masih mempunyai perasaan antara satu sama lain dan merayu kepada Vimala untuk berkahwin.

Vimala akhirnya membenarkan perkahwinan itu dan dia turut serta bergambar bersama mereka ketika pengantin baharu itu melangsungkan perkahwinan.

Lebih mengejutkan, Vimala bersetuju pasangan pengantin baharu itu tinggal serumah dan menjadi keluarga bahagia. Wow!

Sumber: Oddity Central

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×