Famili

[VIDEO] Duit Simpanan Nak Beli Motorsikal ‘Lesap’ Dimakan Anai-Anai…

36
SHARES

Menabung merupakan amalam mulia dan perlu dipupuk sejak kecil lagi supaya dapat mengajar seseorang itu berjimat cermat dan berdisiplin untuk mendapatkan sesuatu yang diimpikan.

Namun, bagi anda yang gemar menyimpan secara manual atau dalam simpanan, nampaknya anda perlu lebih berhati-hati. Ini kerana duit yang disimpan lama boleh dimakan anai-anai sehingga tidak boleh dijadikan alat tukar atau mengumpul modal.

Baca juga: Suami Penggal Kepala Isteri Guna Pisau Potong Daging Hingga Putus

DUIT SIMPANAN NAK BELI MOTORSIKAL ‘LESAP’ DIMAKAN ANAI-ANAI

Itulah yang dilalui oleh seorang wanita apabila wang simpanan rosak dimakan anai-anai. Wang tersebut disimpan di dalam tabung kadbod.

Perkara itu sudah tentunya membuatkan si wanita berputih mata dan kecewa kerana menjadi mangsa ‘serangan’ anai-anai sehingga membuatkan wangnya rosak dimakan anai-anai.

Menerusi video berdurasi kurang satu minit itu, dapat dilihat wanita berkenaan memusing-musingkan tabungnya itu dan terdapat tulisan ‘beli motor’ di bahagian hadapan tabung.

@_yourquueen

bersyukur bukan yg merah🙂 #rayappan #foryou #nabungchallenge #arjunabeta #nabungrutin

♬ Speed song arjuna beta – MINE ☕︎

“Bersyukur bukan yang merah,” kata pemilik video tersebut.

“MOHON BERSABAR, BUKAN REZEKI…”

Dapat dilihat, wang di dalamnya yang semuanya merupakan pecahan Rp 10 ribu juga telah rosak dimakan serangga itu. Video itu sudah tentunya mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen telah memberikan nasihat serta idea untuk wanita tersebut.

Sumber: TikTok Your Queen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×