Asuh

[VIDEO] Doktor Kongsi Teknik Tepukan Dada Untuk Rawat Anak Yang Berkahak

160
SHARES

Melihat anak tidak sihat dan demam sudah pastinya ibu bapa akan risau. Mana tidaknya, biasanya mereka begitu aktif bermain namun ketika demam selera makan juga berkurangan. Lebih merisaukan melihat si kecil berasa tidak selesa kerana mengalami batuk serta kahak yang teruk.

Hal ini akan menyebabkan mereka berjaga sepanjang malam serta meragam. Bagi mengelakkan perkara ini berlaku dan memberi tekanan terhadap ibu bapa, mari kita cuba teknik tepukan dada untuk anak yang berkahak seperti perkongsian doktor di laman TikTok. Jom!

Baca juga: Doktor Kongsi Punca Anak Sawan & Cara Tangani Di Rumah

DOKTOR KONGSI TEKNIK TEPUKAN DADA UNTUK RAWAT ANAK YANG BERKAHAK

Menerusi perkongsian video berdurasi kurang dua minit itu, bayi berusia bawah setahun, kanak-kanak yang ke sekolah dan kanak-kanak istimewa mudah berkahak. Kahak yang ada akan menyebabkan mereka mudah penat.

Jadi, sebagai langkah untuk menjaga paru-paru mereka, ibu bapa boleh mencuba teknik chest physio untuk menguatkan paru-paru anak.

Menurut doktor itu, ibu bapa perlu pegang anak-anak dan pastikan mereka dalam kedudukan selesa. Kemudian, tepuk dari atas ke bawah tetapi pastikan tangan sedikit curve seperti video di bawah.

VIDEO PENUH:

Ulang langkah tersebut depan dan belakang. Pastikan kena selalu rajin buat supaya kahak dan paru-paru anak akan vibrate. Bila vibrate kahak akan cepat hilang. Selamat mencuba!

Sumber: TikTok Klinik Putra Bagan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×