Semenjak pusat taman asuhan kanak-kanak dan tadika sudah dibuka semula dengan syarat megikut protokol kesihatan yang ketat, ramai dalam kalangan ibu bapa yang bekerja sudah mula menghantar anak-anak ke sana. Ini juga dapat memudahkan ibu bapa bekerja tanpa terlalu memikirkan keselamatan anak-anak kerana sudah mempunyai penjaga.
Sudah tentu pelbagai ragam dapat dilihat apabila mereka memulakan sesi persekolahan itu kerana kebanyakkannya pertama kali menjejakkan kaki ke tadika.
BAPA MENANGIS HANTAR ANAK KE TADIKA
@deeylaruslySedih kena tinggal anak..😂 ##bspeciale ##foryoupage ##youngcreator ##fyp ##playschool ##taski ##sad ##saddad @aiimeruljuanim♬ original sound – Maslina Meor Radhi
Terdapat perkongsian yang dimuatnaik oleh seorang pengguna Tiktok dikenali sebagai Deeyla Rusly, dimana dia telah memuat naik video suaminya yang begitu sebak ketika menghantar anak ke tadika. Dapat dilihat air mata berjujuran keluar ketika suaminya sedang memandu kereta dan diselangi ketawa kecil anaknya di tempat duduk belakang.
Bukan itu sahaja, malah hari kedua pun masih si ayah menitiskan air mata ketika hantar anak ke pusat asuhan. Lembut betul hati si ayah ya!
@deeylaruslyDay 2 masih sebak tapi dah boleh control nangis..🥺 ##foryoupage ##fyp ##playschool ##taski ##sad ##saddad @aiimeruljuanim♬ original sound – YAti MOhd
Suka tengok bapa caring dengan anak
Melihat momen tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Tiktok Deeyla Rusly itu dengan berseloroh membayangkan bagaimana penerimaan lelaki tersebut apabila melihat anak perempuannya bernikah ketika sudah dewasa nanti.
Pastinya perasaan sebak seorang ayah yang masih risau akan keadaan anak yang ditinggalkan di pusat jagaan masih ada, tambahan pula ketika kita berdepan dengan ancaman wabak. Ada dalam kalangan mak ayah pun sedih macam ini tak?
Sumber: @deeylarusly