Asuh

[VIDEO] “Baguslah Beringat…” – Ibu Kongsi Cara Bawa Bayi Keluar Ketika Covid-19

365
SHARES

Seperti yang kita tahu beberapa buah negeri telah pun memasuki fasa tiga dan empat Pelan Pemulihan Negara dan ini bermakna orang ramai yang sudah menerima dan mencukupi dua dos vaksinasi dibenarkan dine-in, pergi ke zoo, berkelah dan sebagainya. Jadi, ibu bapa tidak melepaskan peluang untuk membawa anak mereka keluar menghirup udara segar setelah sekian lama ‘dikurung’ di rumah.

Ikuti perkongsian seorang ibu di TikTok di mana dia menceritakan pengalamannya sendiri membawa anak kecil keluar bersama keluarga tercinta.

Baca juga: Doktor Kongsi Tips & Tahap Risiko Buat Aktiviti Luar Dengan Selamat Bersama Anak

IBU KONGSI CARA BAWA BAYI KELUAR KETIKA COVID-19

Tidak dinafikan untuk membawa anak kecil keluar pada masa sekarang sememangnya agak menakutkan dan tidak sesuai namun jika tiada pilihan lain, ibu bapa terpaksalah membawa mereka keluar bersama melainkan ada yang mahu menjaga di rumah.

Seperti perkongsian seorang ibu bernama Shera Hisham yang terpaksa membawa bayi kecilnya keluar tetapi tetap mengamalkan langkah berjaga-jaga agar bayinya dilindungi daripada dijangkiti wabak Covid-19.

Jelasnya, dia akan sentiasa menutup stroller itu menggunakan plastik lut sinar yang memang dikhaskan untuk melindungi stroller bayi. Selain itu, dia juga tidak akan memegang anaknya secara terus jika tidak menggunakan cecair pembasmi kuman setiap 10 minit.

“Kita hidup dalam keadaan endemik, inilah cara saya melindungi bayi saya ketika membawanya keluar,” jelasnya.

Perkongsian ibu ini telah mendapat 249,500 tontonan dan ada juga yang risau melihat keadaan bayi jika lemas namun Shera menjawab plastik lut sinar itu mempunyai pengaliran udara dan dia ada meletakkan satu kipas kecil untuk anaknya.

“TERIMA KASIH BAGI IDEA…”

Video yang dibanjiri komenn itu menerima pelbagai respon daripada warganet. Ibu-ibu juga tidak melepaskan peluang mengucapkan terima kasih kerana memberi idea untuk kegunaan masa hadapan.

Tambah mereka lagi, sebagai parents, kita haruslah memberi yang terbaik untuk anak-anak kerana mereka juga mahu melihat dunia luar.

Sumber: TikTok Shera Hashim

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×