Famili

Doktor Kongsi Tips & Tahap Risiko Buat Aktiviti Luar Dengan Selamat Bersama Anak

20
SHARES

Selepas Lembah Klang diumumkan beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara, ibu bapa mengambil langkah ini untuk membawa anak-anak keluar beriadah dan berkelah di kawasan air terjun, pantai dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, masih ada juga segelintir orang awam yang melontarkan kecaman kepada parents yang membawa anak mereka keluar seolah-olah tidak menjaga keselamatan diri.

Bagi mengelakan kekeliruan dan kecaman yang tidak elok, di Instagram milik Dr Husna Musa, beliau telah berkongsi aktiviti yang boleh dilakukan bersama keluarga meskipun di luar.

Baca juga: “Jangan Kecam Tengok Parents Bawa Anak Keluar Main, Anak-Anak Pun Penat”

TIPS BERMAIN DI LUAR DENGAN SELAMAT BERSAMA ANAK-ANAK

Menurut beliau, sebagai ibu bapa pasti kita mahu berikan yang terbaik buat anak-anak. Jadi, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan sepanjang melakukan aktiviti di luar bagi memastikan keselamatan anak-anak yang belum diberi vaksin.

Secara amnya, semakin dekat anda berinteraksi dengan orang lain & semakin lama interaksi semakin tinggi risiko penyebaran Covid19

Saya tahu sukar bagi semua orang, termasuk kanak-kanak. Mereka perlu keluar & berinteraksi, jadi sebagai ibu bapa kita perlu memastikan bahawa mereka mampu melakukannya dengan cara yang lebih selamat

Bagaimana kita dapat menurunkan risiko kita terutamanya bahawa anak-anak masih belum diberi vaksin:

  • Pakai topeng yang lebih baik (kanak-kanak berumur di atas 2 tahun, topeng berganda / KN94 / 5 / N95 untuk orang dewasa)
  • Jauhkan jarak anda (walaupun di luar rumah, HINDARI kawasan yang sesak!)
  • Basuh tangan dengan kerap
  • Dapatkan vaksin anda & berada di sekitar vaksin sepenuhnya (terutamanya di dalam rumah!)

Saya ingin mencadangkan laman web ini microcovid.org di mana anda dapat menilai risiko untuk aktiviti tertentu secara objektif dengan juga memasukkan parameter seperti topeng yang digunakan, status vaksinasi, orang yang termasuk & banyak lagi.

Kita perlu dapat membuat keputusan yang tepat & selamat untuk keluarga kita. Varian Delta masih belum merebak disini jadi yang terbaik adalah jaga diri ya!

TAHAP RISIKO AKTIVITI SEMASA COVID BERSAMA KELUARGA

LANGKAH TERBAIK & SELAMAT JIKA BERMAIN DI LUAR KETIKA MUSIM COVID-19

Tambah Dr Husna lagi, melakukan aktiviti di luar sememangnya lebih kurang risiko penularan Covid19 kerana banyak ruang untuk jarak sosial serta pengudaraan/ventilation yang lebih baik tetapi ingat, tak semestinya tiada risiko langsung. Aktiviti luar boleh berisiko sekiranya langkah pencegahan lain tidak diambil.

Antara faktor-faktor yang boleh mengurangkan risiko penularan adalah (CDC):

  • Berapa ramai org? — lagi sikit lagi kurang risiko
  • Adakah orang disekeliling telah mendapat vaksin penuh?
  • Jarak sosial ok ke tidak?
  • Adakah org disekeliling memakai mask
  • Bagaimana kes komuniti di kawasan anda? — sekiranya tinggi
  • Berapa lama tempoh berinteraksi? — lagi kejap lagi bagus!

Secara kesimpulannya, langkah-langkah yang boleh diambil adalah:

  • Lakukan aktiviti yang melibatkan keluarga terdekat
  • Cari tempat yang tak ramai org, jika playground crowded elakkan
  • Jika berinteraksi dgn orang lain, pastikan memakai mask dan jaga jarak serta jgn berinteraksi terlalu lama

Pastikan anak membasuh tangan dengan sabun selepas bermain. Jom pastikan anak kita bermain dengan selamat di luar rumah

Sumber: Instagram Dr Husna Musa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×