Famili

[VIDEO] “Bagi Makan Apa Ni..”- Baru Umur 3 Tahun Tapi Dah ‘Sado’, Hebat Betul!

24
SHARES

Seperti yang kita tahu, kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun sudah tentunya memilik saiz badan normal namun ada juga yang sedikit berisi atau montel jika gemar makan atau minum susu lebih-lebih lagi jika susu ibu. Namun lain pula dengan satu video yang tular di media sosial dan mencuri perhatian netizen sehingga menerima juta tontonan. Wah, memang comel sangat…

Baca juga: [VIDEO] “Farra Berat!” – Gelagat 2 Kanak-Kanak Main Basikal Buat Netizen Berdekah!

BARU UMUR 3 TAHUN TAPI DAH SADO, HEBAT BETUL

Menerusi video berdurasi 19 saat yang dimuat naik oleh pengguna TikTok bernama @NadrilFadhli, dia memaparkan si comel berusia 3 tahun memiliki bentuk tubuh badan yang ‘sado’ seperti abang-abang bermain gim.

Sambil berkaki ayam dan memegang botol serta kotak di tangannya, si cilik itu menunjuk lengannya yang berotot serta rangka badan begitu tegap. Ewah!

“Jangan panggil aku budak kecil ya abang. Umur 3 tahun dah ada otot,” seloroh pemuda tersebut di ruangan kapsyen.

Menjengah ke video lain, jelas kelihatan budak kecil itu bermain dan tidak memakai baju. Lebih menarik perhatian apabila dia cuba menolak simen keras yang ada di dalam timba.

“BAGI MAKAN APA NI..”

Ruangan komen sudah tentunya dibanjiri oleh netizen daripada ramai orang seluruh dunia dan ada juga yang bergurau mengatakan sejak lahir si cilik ini sudah mula bersenam dan angkat berat selain turut bertanya apa makanan yang diberikan oleh ibunya sehingga memiliki otot yang tegap seperti orang dewasa.

*Comel betul, siap ada sixpacks tu.

Sumber: TikTok Nadril Fadhli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×