Kasih sayang bapa terhadap anak memang tiada tandinginya. Apa sahaja sanggup dilakukan untuk menunaikan hasrat anak tercinta. Hal ini sama seperti satu video yang tular di laman media sosial apabila seorang ayah sanggup memandu jauh demi menghantar anaknya bertemu dengan kekasih hati.
Baca juga: [VIDEO] Ibu Kongsi Air Boleh Order Di Starbucks Sesuai Untuk Anak, Hanya 2 Bahan Je!
AYAH SPORTING TEMAN ANAK LELAKI BERTEMU KEKASIH HATI
Menerusi perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, lelaki tersebut bertindak menghantar sendiri anak bujangnya pergi bertemu dengan kenalan baru di Taiping dari Kuala Lumpur.
Menurut ayahnya, mereka berkenalan melalui media sosial dan ini merupakan kali pertama berjumpa kerana larangan rentas negeri yang berkuat kuasa sebelum ini. Tambahnya lagi, jelas kelihatan anak lelakinya itu berdebar ketika menunggu ketibaan teman wanitanya tiba di Aeon Mall Taiping.
“Anak nak jumpa buah hati pun kita hantar. First date katanya. KL to Taiping. Perkenalan melalui media sosial masa PKP. Kenapa la dekat sangat cari kawan nak oiii,” tulis ayahnya.
Setibanya kekasih hati di Aeon Mall berkenaan, mereka berjalan berduaan manakala ayah dan isterinya serta anak-anak menjamu selera di restoren nasi ayam. Lelaki itu sempat juga berseloroh mengatakan pandai anaknya memilih kekasih hati kerana begitu lawa dan sesuai.
“TERBAIK. JARANG TENGOK AYAH MACAM NI…”
Sehingga kini video tersebut menerima 55,900 tontonan dan dihujani komen memuji tindakan seorang bapa yang begitu sporting dan memahami perasaan anak. Tidak melepaskan peluang, warganet juga turut mahu melakukan perkara yang sama terhadap anak mereka pada masa hadapan.
Ada juga yang memuji dengan tindakan tersebut boleh menyebabkan hubungan ayah dan anak semakin akrab serta menjadikan keluarga lebih harmoni.
Sumber: TikTok Remy Damak