Apabila seseorang mendapati dirinya rasa cemas atau nama lain anxiety adalah sesuatu hal yang normal dirasakan ketika seseorang berhadapan dengan situasi atau mendengar berita yang menimbulkan rasa takut atau khawatir. Walau bagaimanapun, anxiety ini perlulah berwaspada jika muncul tanpa sebab ataupun sulit untuk dikendalikan maka boleh menyebabkan gangguan kecemasan.
Haaa, apa itu gangguan kecemasan? Gangguan kecemasan dan anxiety adalah tidak sama. Apabila rasa cemas ia masih normal jika boleh kawal dan boleh hilang atas faktor-faktor tertentu. Tetapi jika perasaan cemas hingga boleh mendatangkan kesan yang buruk seperti aktiviti harian terganggu maka ia dipanggil gangguan kecemasan (anxiety disorder).
Baca juga: Tabiat Suka Cabut Rambut Petanda Gangguan Mental. Semak 7 Perkara Ini
TANDA-TANDA ANXIETY DISORDER
1.Sentiasa rasa resah gelisah, risau dan takut yang berterusan
Mereka perlu mengalami kegelisahan melampau dalam tempoh 6 bulan yang lalu. Kegelisahan ini disebabkan oleh aktiviti atau majlis pelbagai jenis (seperti persembahan di tempat kerja atau di sekolah). Penghidap GAD akan mempunyai masalah dan kesukaran dalam mengawal simptom mereka. Simptom-simptom ini menyebabkan gangguan dalam keupayaan seseorang itu untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.
2. Sering sesak nafas
Apabila kita bernafas, kita akan menyedut oksigen dan menghembus karbon dioksida. Namun, jika kita bernafas terlalu laju, tahap karbon dioksida dalam darah akan berkurang untuk memastikan badan mendapat lebih banyak oksigen. Sebab itulah, pesakit anxiety akan nampak ‘kepenatan’ umpama baru selesai berlari!
3. Rasa penat sepanjang masa
Selain itu, rasa penat yang berpanjangan juga boleh menjadi petanda anxiety. Rasa bimbang dan gelisah sepanjang masa boleh menyebabkan badan kita sentiasa berada dalam keadaan ‘berjaga-jaga’.
4. Sukar tidur malam
Sukar tidur malam seringkali dikaitkan dengan masalah kesihatan yang terjadi pada tubuh. Padahal, sulit tidur malam selalu terjadi pada seseorang yang sedang dilanda stress, tertekan, cemas dan depress. Walau bagaimanapun, jika anda kerap tidak boleh tidur malam selama berhari-hari kerana perasaan risau tanpa sebab, maka anda telah mengidap anxiety disorder.
5. Otot rasa kejang dan sakit
Otot rasa kejang dan sakit di beberapa bahagian badan seperti otot rahang yang mengeras dan selalu menggengam tangan hingga gemetar. Ini disebabkan oleh tanda anxiety disorder yang tidak disedari oleh penghidapnya sehingga beberapa jam kemudian. Dengan cara ini, para penghidap cuba untuk mengawal rasa cemas yang berlebihan.
6. Tak sedap perut
Perut kembung, cirit-birit dan kerap sendawa juga merupakan tanda anxiety. Walaupun nampak biasa, semua simptom ini boleh mengganggu kehidupan pesakit jika ia tidak dirawat secepat mungkin.
7. Tak berhenti berpeluh
Disebabkan rasa gemuruh dan gelisah yang berpanjangan, pesakit akan kerap berpeluh lebih-lebih lagi di kawasan tapak tangan atau ketiak. Simptom ini juga akan membuatkan penghidap anxiety rasa runsing dan rendah keyakinan diri. Makin memburukkan keadaan, pesakit juga mungkin akan alami masalah bau badan yang teruk.
8. Terlebih makan atau tiada selera makan
Masalah kebimbangan juga boleh membuatkan anda terlebih makan atau kurang selera makan. Ada orang yang tidak lalu makan disebabkan rasa stres yang berpanjangan. Namun, ada juga yang akan ‘craving’ makanan yang manis dan berlemak disebabkan stres yang dialami!
9. Jari atau tangan menggigil
Kadangkala, tangan atau jari akan mula menggigil tanpa sebab. Menurut NIMH, ini merupakan salah satu kesan sampingan peningkatan hormon stres dalam badan. Kondisi ini juga boleh mendatangkan bahaya, lebih-lebih lagi jika ia berlaku ketika anda sedang memandu.
VIDEO PENUH
@dr.samhan Tanda-tanda anxiety disorder #TikTokGuru #JomBelajar #LearnOnTikTok
Sumber: Tiktok Dr. Samhan, hellodoktor