Seorang ibu di laman TikTok menerima pujian warganet kerana mendidik anak menjadi insan yang berguna dan menghormati sesama manusia.
Perkongsian video tersebut sudah tentunya mendapat pelbagai reaksi dan mereka tertarik dengan tingkah laku si cilik itu. Memang patut dicontohi dan yang dewasa pun kena ikut cara adik ni. Comel!
Baca juga: [VIDEO] “Terima Kasih Cikgu…”- Ramai Sebak Cikgu Bantu Murid OKU Cuba Sukan Lompat Tinggi
ANAK SUKA ABANG LORI SAMPAH, SANGGUP TUNGGU UCAP TERIMA KASIH
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh ibu bernama Eyja Rahim itu, dia menjelaskan anak lelakinya sangat menyukai lori sampah dan membuatkan mereka sanggup menunggu kepulangan ‘abang’ lori sampah di kawasan pembuangan sampah.
Jelas kelihatan dalam video itu, si ciliknya berlari ke arah abang lori sampah tersebut dan kegembiraan kanak-kanak itu dapat dilihat apabila mereka bergambar bersama.
@eyjarahim Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami. ❤️✨
“Dia kata “kerja angkat sampah baik. Kasih sayang.” Terima kasih ‘abang lori sampah’ melayan kerenah anak kami,” ujar ibu itu di ruangan kapsyen.
“DIDIKAN MAK AYAHNYA SANGAT HEBAT…”
Video tersebut menerima 1,300,000 tontonan dan ruangan komen sudah tentunya dibanjiri komen warganet yang memuji cara didikan mereka dan turut teruja melihat kedua-dua si kecil itu bergambar bersama abang lori sampah. Wah pandai dan comel betul ya.
Sumber: TikTok Eyja Rahim