Famili

[VIDEO] “Allahuakbar…”- Anak Ada Masalah Speech Delay, Ibu Terkilan Baju Sekolah Diconteng Rakan

30
SHARES

Sebagai ibu bapa sudah tentunya kita akan mengambil berat mengenai perkembangan anak. Dari segi mental dan juga fizikal agar sentiasa dalam keadaan baik dan sihat. Antara masalah sering dihadapi oleh kanak-kanak ialah speech delay atau gangguan percakapan.

Speech delay merujuk kepada kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap atau menghasilkan bunyi. Hal ini sama seperti perkongsian seorang ibu di laman TikTok yang kecewa dan sedih kerana melihat anak lelakinya dilayan dengan tidak elok ketika di sekolah. Sebak!

Baca juga: Demi Hilangkan Kesedihan, Wanita Sanggup Menari Di Sisi Suami Terlantar Sakit Walaupun Dikecam

ANAK ADA MASALAH SPEECH DELAY, IBU TERKILAN BAJU SEKOLAH DICONTENG

Menerusi video berdurasi kurang 1 saat itu, ibu dikenali sebagi @airissumayyah meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan tindakan rakan sekelas anak lelakinya yang berusia 8 tahun itu.

Jelasnya, si anak mempunyai masalah speech delay dan dia mendapati baju anaknya penuh dengan contengan. Airis juga menyatakan anaknya itu tidak pandai melawan dan tidak pandai bercakap. Justeru itu, dia hanya akan mendiamkan diri dengan apa yang terjadi.

“Kisah balik sekolah semalam. Saya tak kisah nak cuci, tapi saya kesian dia. Ini yang nampak pada mata kasar, yang tak nampak tak tahu lah.

“Anak darjah 1 speech delay. Balik rumah tengok penuh belakang kena conteng. Dia tak pandai cakap, tak pandai melawan. Diam sahaja. Tak pandai bagitahu apa yang terjadi. Senang-senang la orang buat suka hati,” luah si ibu.

“ALLAHUAKBAR, SABAR YA…”

Video tersebut sudah tentunya menerima pelbagai respon daripada warganet. Ada juga ibu yang berkongsi pengalaman sama anak mereka turut dibuli dan ada juga memberi cadangan untuk menghantar anak lelakinya itu ke pendidikan khas.

Sumber: TikTok Airis Sumayyah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×