Famili

Demi Hilangkan Kesedihan, Wanita Sanggup Menari Di Sisi Suami Terlantar Sakit Walaupun Dikecam

8
SHARES

Seorang wanita di China menerima kecaman hebat netizen di laman sosial dan dituduh tidak berhati perut kerana tergamak memuat naik video di laman sosial menunjukkan dia menari di sisi suaminya yang terlantar sakit.

Cui Fangli berusia 46 tahun menjelaskan dia melakukan perkara itu bukan atas niat buruk tetapi hanyalah untuk menghilangkan tekanan dan kesedihan yang dialaminya.

Baca juga: Gara-Gara Selalu Memancing, Isteri Tekad Mahu Lelong Suami

DEMI HILANGKAN KESEDIHAN, WANITA SANGGUP MENARI DI SISI SUAMI TERLANTAR SAKIT

Menurut laporan SCMP, Fang Jianhui, yang kehilangan keupayaan untuk berjalan termasuk makan dan membuang air besar selepas diserang strok pada tahun 2019.

Jadi, rutin harian Cui adalah membantu Fang bersenam untuk mengelakkan degenerasi otot, memberi makanan melalui saluran tiub dan mengeluarkan lendirnya setiap dua jam untuk memastikan saluran pernafasannya bersih.

“Saya seorang yang positif. Tidak kira betapa sukarnya kehidupan, saya tidak mengeluh. Saya terus ketawa.

“Saya pernah menari dengan penduduk kampung di dataran, tetapi selepas suami jatuh sakit, saya tidak boleh ke mana-mana, jadi ada kalanya saya menari di rumah.

“Saya hanya ingin berkongsi rutin kami memerangi penyakit. Tidak pernah terlintas di fikiran saya yang perkongsian itu akan mengundang kecaman.

“Bagaimanapun, daripada perspektif lain, ia menjadikan saya terkenal dan tidak ada salahnya,” jelasnya.

Fang terlantar selepas dimasukkan ke hospital dengan degupan jantung lemah dan doktor mengesahkan dia mengalami pendarahan otak.

Doktor menjelaskan Fang akan berada dalam keadaan terlantar sepanjang hayatnya namun Cui enggan berputus asa dan berkeras untuk menjaganya walaupun suaminya itu akan kekal terlantar.

Di sebalik kecaman, ramai pengguna dalam talian tersentuh dengan cinta, keberanian dan keyakinan pasangan berkenaan.

“Jarang hari ini seorang isteri kekal ada di sisi selama tiga tahun selepas suaminya lumpuh,” tulis seorang pengguna di Weibo.

Sumber: SCMP 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×