Inspirasi

[VIDEO] “Alhamdulillah, Anak Soleh…”- Ayah Sebak Terima Hadiah Jam Tangan Idaman Daripada Anak

2.2K
SHARES

Setiap ibu bapa sudah tentu sanggup melakukan apa sahaja demi memastikan anak tercinta gembira dan cukup segalanya. Tidak terbalas segala jasa dan pengorbanan mereka untuk memberi kebahagian dan kelengkapan dari kecil hinggalah dewasa.

Demi memastikan ayah tercinta gembira, seorang pemuda memberi ayahnya hadiah dan video tersebut sudah tentunya mengundang sebak warganet kerana sedih melihat kegembiraan yang jelas terpancar. Sebak!

Baca juga: [VIDEO] Berniaga Tepi Jalan Pun Daif, Tapi Pakcik Murah Hati Beri Minyak Secara Percuma…

AYAH SEBAK DAPAT HADIAH JAM TANGAN IDAMAN DARIPADA ANAK

Perkongsian video berdurasi kurang satu minit itu memaparkan pemuda bernama Naem Zaimi memberi hadiah seutas jam tangan berjenama serta berwarna gold.

Lebih menyedihkan, sejurus ayah pemuda itu membuka kotak bungkusan, jelas kelihatan tangkungan air mata yang hampir menitis kerana terharu menerima jam tangan itu.

Jelas Naem, jam tangan itu merupakan jam tangan idaman ayahnya dan setiap kali ke Alor Setar, dia akan ke kedai jam untuk melihat jam tersebut. Antara faktor ayah pemuda itu tidak membelinya ialah kerana terlalu mahal.

“Abah saya kalau pergi Alor Setar mesti dia akan singgah kedai jam. Katanya nak cuci mata. Nak beli tak mampu sebab mahal. Tapi hari ini saya hadiahkan jam yang dia nak tu. Sebak pula tengok reaksi dia,” jelasnya.

“ALHAMDULILLAH ANAK SOLEH…”

Sehingga kini video tersebut menerima 1.4 juta tontonan dan dibanjiri komen oleh warganet yang turut sebak dan menangis melihat kegembiraan ayah pemuda itu. Tindakan Naem menerima pujian warganet dan bangga melihat kebaikan yang dilakukan.

Mereka juga tidak melepaskan peluang mendoakan agar pakcik panjang umur serta diberi kesihatan berpanjangan. Melihat video tersebut membuatkan warganet teringat ayah tersayang di kampung halaman. Alahaiii..

Sumber: TikTok Naem Zaimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×