Asuh

[VIDEO] 3 Tips Ajar Anak Bahasa Kedua, Rugi Kalau Salah Teknik

29
SHARES

Pasti ramai ibu bapa di luar sana yang mahu mengajar dan memperkenalkan kepada anak tersayang bahasa kedua terutamanya bahasa Inggeris. Mempelajari bahasa Inggeris memberi banyak kebaikan untuk anak-anak gunakan ketika di tadika dan juga ketika menempuh alam pekerjaan.

Oleh itu, jom baca tips ajar anak bahasa kedua seperti perkongsian pakar bernama Zuraida di laman TikToknya. Rugi kalau salah teknik tau. Kasihan anak-anak…

Baca juga: Anak Mula Tinggi Suara Dengan Ibu, Pakar ‘Share’ 6 Perkara Yang Perlu Dilakukan

3 TIPS AJAR ANAK BAHASA KEDUA, RUGI KALAU SALAH TEKNIK

Mempelajari bahasa kedua adalah sesuatu yang menyeronokkan dan berikut merupakan antara tips yang boleh dicuba oleh ibu bapa:

1. JANGAN GELAKKAN ANAK

Jangan sesekali gelakkan anak kalau apa yang disebut oleh mereka salah. Sebaliknya, kita sebut sahaja sebutan sebenar dengan betul agar mereka cepat faham.

2. DENGAR & BERI PERHATIAN

Beri betul-betul perhatian ketika anak bercakap bahasa kedua. Ini akan membuatkan mereka lebih yakin untuk bercakap dan akan cuba lagi untuk bercakap sehingga betul dan tepat.

3. CUBA BERCAKAP DENGAN ANAK GUNA BAHASA KEDUA

Mungkin ada hari tertentu ibu bapa perlu bercakap dengan anak menggunakan bahasa kedua contohnya bahasa Inggeris. Ini akan menyebabkan anak-anak lancar bertutur bahasa Inggeris, ia akan membantu perkembangan anak di sekolah serta di masa hadapan.

VIDEO PENUH:

Buat ibu bapa yang sedang mengajar anak bahasa kedua, teruskan usaha anda dan semoga berjaya serta memberi manfaat. Guna bahasa mudah untuk anak cepat ikut serta belajar. Jangan putus asa!

Sumber: TikTok Zuraida Shahmie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×