Rakyat

5 Perkara Tentang Varian UK B.1.1.7 (Mutasi Baru COVID19) Yang Kita Kena Alert

46
SHARES
mutasi covid19 varian uk b117

Seperti yang kita sedia maklum, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengesan satu kes COVID-19 varian UK B.1.1.7 atau 20202/01 mutasi spike protein di Malaysia pada 11 Januari 2021.

Kes tersebut telah dilaporkan dari seorang pengembara warganegara yang mempunyai sejarah perjalanan ke United Kingdom pada bulan Disember 2020. Pengembara tersebut didapati positif pada 28 Disember 2020 lepas dan telah diasingkan untuk rawatan lanjut.

Apakah yang kita perlu tahu tentang varian UK B.1.1.7 ini?

Di sini kami kongsikan maklumat yang sahih dari KKM berkaitan mutasi UK B.1.1.7 ini.

varian uk b117

Apakah Varian UK B.1.1.7? Ini 5 Perkara Kena Alert!

1. Mula Dikesan pada 20 September 2020

Mutasi ini mula dikesan pada 20 September 2020 di Kent, London di mana terdapat mutasi pepaku yang terlibat dalam pelekatan virus pada sel.

Beberapa negara yang semakin meningkat kes jangkitan dilaporkan bertindak balas dengan menguatkuasakan sekatan perjalanan dari Britain bagi mengelakkan varian baharu itu tersebar merentasi sempadan.

2. Gejala Ringan

Setakat ini, difahamkan mutasi UK B.1.1.7 ini tidak didapati menyebabkan simptom yang teruk.

Agensi Kesihatan Awam England (PHE)  mengatakan tidak ada bukti varian itu cenderung menyebabkan penyakit atau kematian yang teruk.

3. Lebih Cepat Menular

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, B.1.17 lebih mudah menular dibandingkan varian virus asal dan mutasi virus ini memiliki daya penularan hingga 70% lebih cepat.

Menurut Berita Harian, kadar jangkitan di kawasan geografi di mana virus baharu ini berada, meningkat lebih cepat daripada yang dijangkakan.

4. Lebih Mudah Menjangkiti Kanak-kanak

Malangnya, inilah antara perkara yang paling dirisaukan oleh ibu bapa.

Sebelum ini COVID-19 dikatakan kurang tersebar di kalangan kanak-kanak.

Namun menurut sumber daripada penyelidik / anggota NERVTAG dan pakar epidemilogi penyakit berjangkit di Kolej Imperial London, terdapat petunjuk bahawa kanak-kanak lebih mudah dijangkiti varian baharu B.1.1.7 itu.

Baca juga: Pakar: Varian Baru COVID-19 Lebih Mudah Jangkiti Kanak-kanak Berbanding Orang Dewasa

5. Pencegahan

Orang ramai dinasihati agar sentiasa mengamalkan kebersihan kendiri dengan kerap membasuh tangan, memakai pelitup muka di tempat awam, dan menjaga penjarakan fizikal setiap masa.

Menurut KKM juga, mutasi ini tidak menjejaskan keberkesanan vaksin sedia ada. Namun ia boleh mengurangkan pengesanan virus dalam ujian PCR.

 

Oleh itu, diharapkan kita dapat sama-sama jaga SOP dan berharap agar vaksin yang tiba nanti dapat dimanfaatkan dan membawa perubahan kepada kita semua.

Stay safe dan jangan lupa stay at home dalam tempoh PKP 2.0 ini ya!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×