Sihat

Pakar: Varian Baru COVID-19 Lebih Mudah Jangkiti Kanak-kanak Berbanding Orang Dewasa

101
SHARES
varian baru covid19

Genap setahun sejak kes COVID-19 mula dilaporkan pada 19 Disember 2019 di Wuhan, China, penyelidik dari UK menemui varian baru virus ini yang mula muncul pada pertengahan September di London atau Kent iaitu selatan England.

Analisis awal mendapati varian ini 70 peratus lebih mudah merebak daripada varian lama yang dapat meningkatkan kadar kebolehjangkitan (R-naught) sebanyak 0.4.

Varian Baru COVID-19 Lebih Mudah Jangkiti Kanak-kanak

Menurut sebuah laporan dari Utusan Malaysia, varian baru Covid-19 yang mula menular di Britain ini membawa gen mutasi yang membolehkan golongan kanak-kanak lebih mudah dijangkiti virus tersebut berbanding varian terdahulu yang menyasarkan orang dewasa.

Hal ini dimaklumkan melalui sesi taklimat kepada media mengenai isu berkenaan oleh para saintis Britain dan Kumpulan Penasihat Ancaman Virus Sistem Pernafasan (NERVTAG) yang berjaya mengesan kemunculan varian tersebut.

Menurut mereka, virus mutasi itu sudah dominan di selatan Britain dan boleh ‘melumpuhkan negara ini’ jika tidak dikawal segera.

Pengerusi NERVTAG dan pakar penyakit berjangkit Universiti Oxford, Peter Horby berkata, pihaknya yakin varian baharu yang ditemukan itu mempunyai kadar jangkitan lebih tinggi berbanding varian virus sedia ada di United Kingdom (UK).

Anggota NERVTAG dan pakar epidemilogi penyakit berjangkit di Kolej Imperial London, Neil Ferguson menyatakan berdasarkan data yang dikaji, varian baharu tersebut lebih mudah menjangkiti kanak-kanak berbanding orang dewasa.

Lebih Banyak Data Diperlukan

“Terdapat petunjuk bahawa kanak-kanak lebih mudah dijangkiti varian baharu itu. Biarpun belum melibatkan sebarang kes, namun kita boleh jangkakan berdasarkan data yang dikaji.

“Kami perlu mengumpul lebih banyak data untuk melihat corak penularan varian tersebut,” katanya.

Kenyataan Ferguson turut disokong oleh seorang lagi anggota NERVTAG, Wendy Barclay yang merupakan pakar virologi.

Jelas beliau, antara mutasi varian baharu tersebut termasuk cara ia memasuki sel dalam badan manusia dan golongan kanak-kanak tidak terkecuali untuk dijangkiti sama seperti dewasa.

“Kita jangkakan lebih banyak kanak-kanak akan dijangkiti Covid-19 selepas ini,” ujarnya.

*Sumber: 

Varian baharu Covid-19: Kanak-kanak lebih mudah dijangkiti

  • http://covid-19.moh.gov.my/semasa-kkm/122020/new-coronavirus-strain-vui-202012

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×