gaya hidup

Healing Di Kebun & Kolam Udang Tengah Bandar, Lokasi Menarik Untuk Riadah Keluarga

Agro-pelancong merupakan salah satu produk pelancongan yang semakin popular. Bagi penduduk bandar, tempat atau lokasi yang menawarkan pengalaman riadah dikelilingi alam semulajadi adalah sangat unik dan menarik.

UTAMA FARM, LOKASI AGRO PELANCONGAN TENGAH BANDAR

Kedudukan di tengah bandar Petaling Jaya dan dengan kemudahan pengangkutan awam menjadikan Utama Farm tempat wajib dilawati di Selangor. Pada asalnya, tapak Utama Farm digunakan untuk tujuan kawasan tadahan hujan, tetapi kini bertukar menjadi ruang kebun akuaponik moden, restoran dan kawasan riadah memancing.

 

Objektif Utama Farm adalah untuk menggalakkan kesedaran orang ramai tentang pertanian mapan dan menggalakan pemakanan sihat dan bersih. Utama Farm tidak menggunakan racun perosak, dan dengan penggunaan sistem akuaponik NFT (nutrient film technique), jika terdapat racun, ikan dan udang tidak akan hidup.

PENGALAMAN RIADAH LAIN DARI LAIN

Selain aktiviti pertanian akuaponik, pengunjung juga boleh beriadah seisi keluarga dengan melakukan aktiviti memancing udang galah dan udang harimau. Pengunjung boleh memancing udang sebanyak mungkin dengan harga RM35/jam. Jika tidak mahir, staf boleh memberi tunjuk ajar cara untuk memancing dengan betul.

Baca juga : Anak Mesti Tak Nak Balik! Ini 6 Lokasi Padat Dengan Aktiviti Sempena Cuti Sekolah

PENGALAMAN KULINARI TERUS DARI KOLAM DAN KEBUN

Selepas penat memancing, hasil tangkapan boleh terus dijadikan hidangan makan bersama keluarga. Terdapat pelbagai jenis masakan yang boleh diminta terus dari dapur, siap boleh pilih ikan terus dari kolam. Lengkapkan hidangan udang dan ikan dengan sayur-sayuran organik “siew bak choy, kailan, choisam”  terus dari kebun.

Pengunjung juga boleh memilih menjamu selera pelbagai makanan gaya Kopitiam. Macam-macam ada!

Baca juga :  Wajib Cuba Makanan Cina Muslim Friendly Di Suria KLCC, Rasa Tak Dapat Tempat Lain! 

RUANGAN PELBAGAI FUNGSI

Tidak kurang juga, pengunjung boleh mencuci mata dengan jualan pokok hiasan rumah yang dipamerkan di sekitar kawasan Utama Farm. Pilih sahaja mahu yang mana, harga pasti berbaloi!

Bagi mereka yang inginkan kelainan, Utama Farm juga boleh menjadi lokasi keraian seperti makan malam, sambutan hari lahir dan program korporat seperti bengkel, kursus dan mesyuarat.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook Utama Farm.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×