Didik

UPSR Mansuh, Bagaimana Murid Dinilai? Ini Penjelasan Guru Tentang PBD

124
SHARES
upsr mansuh

Masih ramai yang terkejut dengan keputusan Menteri Kanan Pendidikan yang mengumumkan pemansuhan UPSR sepenuhnya mulai tahun ini dan bakal memfokuskan dengan PBD.

Walaupun ada yang menarik nafas lega kerana persekolahan tidak lagi berdasarkan sistem exam-based, ibu bapa mungkin tertanya-tanya bagaimana ingin mengetahui pencapaian anak-anak jika mereka tidak dinilai berasaskan peperiksaan penting ini.

Dalam artikel ini, kami berbesar hati untuk berkongsikan penulisan ringkas oleh Muhammad Rauf Fathi, Guru Matematik SK Seri Suria Kuala Lumpur berkaitan isu ini.

Jom baca penjelasan beliau sepenuhnya di bawah.

apakah pbd

UPSR Mansuh, Bagaimana Murid-murid Dinilai?

1. Melalui sidang media YB Menteri Kanan Pendidikan, pada 28 April 2021 Secara asasnya sekolah akan menjalankan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) buat murid-murid.

2. Didalam PBS terkandungnya beberapa elemen Pentaksiran, antaranya Pentaksiran Bilik Darjah(PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum(PAJSK) serta Pentaksiran Psikometrik (PPsi).

3. Melalui Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) anak-anak dinilai sepanjang tahun. Ia bukan bersifat peperiksaan. Anak-anak dinilai melalui kuiz, pemerhatian guru, lisan (pembentangan), pelaksanaan projek dan pelbagai lagi instrumen pentaksiran lain.

3. Murid akan diberikan Tahap Penguasaan (TP 1 hingga TP 6) terhadap pentaksiran yang dijalankan.

4. Mudah fahamnya begini, murid yang menguasai kandungan pembelajaran (content knowledge) akan diberikan TP6 , manakala murid sederhana TP5 & TP4, murid yang kurang ataupun tidak menguasai diberikan TP3 , TP2 dan TP1.

5. Bagi PAJSK, sudah pastilah penglibatan murid-murid didalam aktiviti Sukan serta Kokurikulum diambil kira.

6. Ini merupakan cabaran besar apabila tidak banyak aktiviti Sukan serta Kokurikulum yang berlangsung sepanjang tempoh pelaksanaan PKP & PKPB era Covid 19. Kalau adapun ia bersifat atas talian (online).

Baca juga: Murah Tapi Berbaloi, Cikgu Ni Bagi 9 Sebab Kenapa Chrome Book Sesuai Untuk PdPR

7. Ujian Psikometrik (PPsi) pula menguji murid dari aspek daya fikir, kecenderungan emosi serta kemahiran sosial murid.

8. Secara umumnya, murid-murid yang menguasai ketiga-tiga elemen Pentaksiran inilah yang boleh dikategorikan sebagai murid cemerlang kerana penilaian yang dijalankan bersifat holistik.

9. Sebagai kesimpulan, Kita perlu mempunyai sisi pandang berbeza dengan pemansuhan UPSR ini. Murid-murid perlu dilengkapkan keupayaan mereka seoptimum mungkin.

10. Mansuh UPSR bukan bererti tak perlu belajar, sebaliknya perlu dilipat gandakan. Tingkatkan keupayaan murid dalam aspek penguasaan kandungan pembelajaran (content knowledge), sertai aktiviti sukan & Kokurikulum dan tingkatkan kemahiran sosial.

*Kredit: Muhammad Rauf Fathi, Guru Matematik SK Seri Suria Kuala Lumpur / Facebook Muhammad Rauf Fathi

NOTA: Untuk maklumat lanjut tentang Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), sila rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di pautan berikut: https://www.moe.gov.my/en/soalan-lazim-menu/kurikulum/kurikulum

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×