Teknologi

Murah Tapi Berbaloi, Cikgu Ni Bagi 9 Sebab Kenapa Chrome Book Sesuai Untuk PdPR

4.9K
SHARES

Ramai ibu ayah mungkin masih dilema nak belikan peranti jenis apa untuk anak-anak belajar online di rumah. Nak beli tablet ke, laptop ke, atau handphone?

Kalau nak beli laptop, jenis yang macam mana? Spesifikasinya pun boleh buat ramai yang pening kepala.

Melalui sebuah hantaran di Facebook, Aflah Jamaludin, juga seorang guru mencadangkan penggunaan Chrome Book. Malah, di sekolah beliau juga penggunaan Chrome Book ini agak meluas.

Kenapa?

Jom baca perkongsian beliau selengkapnya di bawah ini.

chrome book untuk pelajar

Gambar sekadar hiasan

9 Sebab Chrome Book Sesuai Untuk PdPR Anak-anak

Ramai tanya nak pakai peranti apa untuk PdPR anak.

Saya cadangkan guna ni Chrome Book.

Sebab apa Chrome Book berguna untuk anak-anak PdPR?

Jom baca senarai di bawah:

1. Chrome book dicipta untuk Google

2. Semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan di beri 1 id gmail berserta password.

3. Bila dah ada email Gmail Semua aplikasi Google seperti google meet, goole classroom, google drive, google doc, google sheet, google slide dan banyk lagi boleh guna.

4. Nak taip dokumen?

Guna senarai
Google doc= microsoft word
Google sheet= microsoft excel
Google slide= power point

5. Dah siap taip jawapan dalam google doc a.k.a microsoft word boleh turn in terus ke google classroom.

6. Nak simpan latihan yang buat tadi di google doc dah tersedia auto save masuk dalam google drive. Tak ada isu document penuh sebab semua dalam google drive.

7. Nak guna whatsapp dgn telegram? Jangab risau whatsapp kan ada whatsapp web scan bar code je. Telegram kan ada desktop telegram taip code phone je.

8. Sekolah saya ada 80 buah chrome book dapat tahun 2015 ke 2016 macm tu dari darjah 1-6 ada cikgu yang rajin guna chrome book.

Sampai sekarang masih elok boleh guna lagi walaupun ada chrome book yang longgar screen, yg pecah kat hujung.

Kami cikgu2 pun dok guna juga chrome book ni kalau ada meeting atau ladap yang nak kena guna laptop.

9. Paling penting kena ada capaian internet. Tak perlu beli simkad guna hotspot data dari telefon mak ayah pun dah cukup.

Berbaloi kan?

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit panduan untuk ibu ayah di luar sana yang sedang mempertimbangkan peranti yang sesuai untuk anak-anak di rumah.

Jika anda mempertimbangkan untuk membeli Chrome Book, anda juga boleh merujuk perbandingan Chrome Book di Malaysia oleh W.H Pui dalam jadual di bawah atau melalui artikel ini: 7 Ciri Minimum Laptop Bajet Yang Kita Kena Tahu. Baru Berbaloi Walaupun ‘Refurbished’

Bandingan Ciri Komputer Riba Chromebook

Semoga membantu!

*Sumber asal: Aflah Jamaluddin

 

Most Popular

To Top
SKIP THIS AD ×