DIY & Kraf

Untuk Penternak Ikan, Ini Cara Buat Dedak Ikan Supaya Boleh Jimatkan Kos

2
SHARES

Jika dibandingkan dengan umpan-umpan yang lain, umpan dedak menjadi pilihan terutama kolam yang membataskan penggunaan umpan. Bagi sekitar Semenanjung Malaysia, umpan seumpama ini sangat digemari dan menjadi umpan paling utama ketika menyertai pertandingan.

Kos penyediaan umpan dikatakan agak mahal berbanding umpan-umpan yang lain. Terdapat beberapa jenis dedak yang boleh digunakan bergantung kepada perisa dan ikan sasaran yang diburu. Pengemar-pengemar dedak selalunya lebih suka mencampurkan sekurang-kurangnya 2 jenis dedak untuk kesesuaian kolam.

Baca juga: Ketahui 5 Tanda ‘High Functioning Anxiety’, Nampak Baik Dari Luar Tapi Di Dalam Lain…

Okey kali ini belajar cara buat dedak untuk savingkan sebab dedak pun daripada awal RM70 tetapi sekarang dah RM90. Memang tak masuk akal untuk saya nak guna sepenuhnya pakai dedak yang dibeli itu. Jadi saya buat dedak sendiri. Mari tengok cara pemakanan dedak ikan ini

Jadi dedak yang digunakan adalah dedak TP 1 sebab protein, dia sangat tinggi iaitu 32 peratus kalau tengok kat situ (dalam gambar).

Cara saya buat dedak saya sendiri, saya campurkan dedak yang saya beli dengan TP 1 ini.

Langkat pertama, saya rendam dahulu dedak ini dengan air untuk bagi dedak mengembang balik.

Selepas itu, saya akan campurkan sedikit jantung ayam, hati ayam serta ikan yang telah reject. Sebab ayah saya seorang nelayan, jadi mana ikan yang kena reject itu saya akan kumpul dan sebelum saya nak blender itu saya akan rebus terlebih dahulu.

Dia ada sukatan dia juga tau, contohnya kalau ikan dengan campuran itu 2 kilo jadi dedak kena kali dengan dua kali ganda.

Contohnya, campuran tersebut 2 kilo, dedak 4 kilo. Kacau sehingga sebati.

 

Selain itu, ikan yang diternak akan cepat membesar daripada bagi makan dedak biasa.

Masukkan ke dalam bekas (seperti dalam gambar). Satu bekas tersebut boleh dapat 800 gram. Mengikut kiraan, apabila telah siap diletakkan ke dalam bekas saya dapat 17 kali dengan 800 gram saya akan dapat 13 kilo. Kat sini dah boleh jimat sangat-sangat.

Langkah terakhir, saya akan masukkan ke dalam peti sejuk. Dah siap!

Selamat mencuba!

VIDEO PENUH

Sumber: Tiktok its_mieee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×