Famili

Umur 12 Tahun Dah Jadi Gelandangan Selepas Ibu Ayah Meninggal Akibat Covid-19, Sebak!

89
SHARES

Perkara yang paling tidak diduga apabila ibu dan ayah dijemput menghadap Sang Pencipta dikala usianya masih mudah. Adik berusia 12 tahun ini menjadi bualan orang ramai apabila penceramah popular, Ebit Lew berkongsikan di laman Instagramnya. Adik ini terpaksa megharungi kehidupan sebagai gelandangan apabila ibu dan ayahnya meninggal kerana Covid-19 pada Januari lepas.

UMUR 12 TAHUN DAH JADI GELANDANGAN

Sayu sebak rasa bila terjumpa seorang adik umur 12 tahun di Bukit Raja Klang tidur dijalanan. Kecil lagi dah jadi gelandangan. Mak ayahnya baru meninggal Januari baru ini kerana positif covid. Kasihan hidup tanpa hala tuju lagi. Ramai orang sekitar cuba membantu. Ada yang mesej saya. Dia dah tiada sesiapa dalam hidupnya. Berat ujianmu duhai anak. Pasti ada hikmah disebalik semuanya.

12 tahun gelandangan

Saya terus bergegas cari adik ni. Dari jauh tengok adik ni terus rasa nak menangis sebab baik dan beradab sangat. Fikir macam manalah hidup merata begini. Bila tanya mak ayah jer terus adik ni menangis. Allahuakbar.

Saya sampai tadi terus adik cium tangan. Tiada hp. Tak kenal saya. Wajah bersih jer jernih. Saya dah tiada sesiapa lagi ustaz. Eh, jangan cakap macam tu adik. Saya dan semua yang ada sini macam keluarga adik ye.

BAWA BELI BARANG KELENGKAPAN

Berdasarkan video yang dikongsikan, Ebit Lew turut membawa adik ini ke pasaraya berdekatan bagi membeli barang kelengkapan diri buatnya. Adik ini diberi sepasang pakaian dan kasut yang baharu untuk dipakai selepas sudah lama tidak menukar pakaian baharu.

Adik puasa ke? Puasa ustaz. Sahur ada orang bagi. Buka pun ada orang bagi. Saya bawa ke balai untuk report. Selepas itu saya terus bawa adik ni ke pasaraya.

Saya tanya adik nak masuk sekolah madrasah. Nak ustaz. Nak jumpa mak ayah dalam syurga. Terus makin sedih,saya pun rindu mak. Rindu ayah. Kami solat sama-sama dan terus hantar adik ni masuk madrasah.

Walau sekejap terasa rapat dan seperti keluarga. Adik jaga diri yer. Saya doa adik jadi anak soleh berjaya cemerlang. Nanti kita jumpa lagi. Tak berhenti cakap terima kasih. Best seronok dapat masuk belajar sini. -ebitlew

View this post on Instagram

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew)

Sumber: Ebit Lew

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×