Nur

Ustaz Kongsi 3 Doa Kesembuhan Untuk Ibu Bapa Amalkan Ketika Anak Sakit Teruk

214
SHARES

Sudah pasti dalam proses menjaga anak-anak, akan ada masanya ibu bapa perlu berdepan dengan situasi dimana anak-anak akan jatuh sakit. Sememangnya sebagai ibu bapa, pastinya kita tidak sanggup untuk melihat anak-anak dalam kesakitan dan berharap bahawa sakit tersebut hanya berlaku pada diri kita.

Namun, apa sahaja jenis sakit boleh disembuhkan bukan sahaja melalui kaedah perubatan, malah amalan dari segi pembacaan doa juga dapat membantu untuk mengurangkan kesakitan. Oleh itu, ini perkongsian beberapa doa yang anda boleh amalkan ketika anak sakit. Semoga boleh dijadikan panduan dan amalan buat ibu bapa.

DOA APA UNTUK SEMBUHKAN ANAK SAKIT TERUK?

Anda pernah hadapi ujian anak disayangi sakit teruk? Saya ada pengalaman tersebut. Sakit anak tidaklah teruk sangat tapi kita selaku ibu-bapa, risaunya lain macam. Kasihan tengok anak kecil menangis cakap ‘sakit, sakit’… Ada waktu tu saya sampai berdoa, ‘Ya Allah, saya tak sampai hati tengok anak saya yg sakit ni. Engkau pindahlah kesakitan tu padaku…’

Tok guru ada tegur, tak wajar berdoa begitu. Eloknya berdoa kesembuhan. Tapi begitulah kasih-sayang kita mak-abah kpd anak. Dan waktu tu kita rasa lemah sangat. Ada duit, medical card, hospital terbaik, doktor pakar & pamantauan rapi pun belum tentu kesembuhan terjamin.

Sebabnya, sehebat manapun kemampuan manusia, kita tidak mampu mengawal kuman. Cukuplah virus Covid menunjukkan keterbatasan kita. Ketika ini, kita perlukan sangat bantuan Tuhan. Tok guru sampaikan pesan, selain berusaha, jangan lupa berdoa sebab kuman, virus dll ni hakikatnya makhluk Allah juga. Mereka belum tentu taatkan kita, tetapi mereka pasti taatkan Tuhan. Kita boleh berusaha mengubati, ambil antibiotik, ubat & sebagainya tetapi asasnya tetap sama : pergantungan kita terhadap Tuhan As-Syafi (Maha Penyembuh) wajib diperkuatkan.

Dia yang mencipta kuman. Pasti Dia juga berkuasa mutlak datangkan penyembuhan. Dalam rangka kita berusaha mengubati penyakit berlandaskan ‘sunnatullah’ (makan ubat, pergi hospital, jumpa doktor dll), jangan lupa untuk gandingkannya dengan ‘qudratullah’ : kuasa mutlak Allah Ta’ala.

DOA UNTUK IBU BAPA AMALKAN

Bahasa mudahnya, dalam usaha makan ubat, usaha juga berdoa. Kita kuatkan ikhtiar & dalam masa sama, keyakinan tetap dibulatkan kepada Allah Ta’ala. Keyakinan yang kita pelajari dari Nabi Ibrahim a.s :

Dan apabila aku sakit Dialah yang menyembuhkan aku. (Surah AS-Syu’ara, ayat 80)

Maka dlm posting ini, saya kongsikan doa yang saya amalkan. Doa ini saya anggap ‘gred A’ kerana ia datang dari Mahaguru terulung, Rasulullah s.a.w. Hadithnya sahih, riwayat muslim. Caranya ialah :

1. Baca Al-Fatihah

2. Baca 3 Qul

3. Pegang bagian tubuh yang sakit lalu membaca :

بِاسْمِ اللَّهِ (3 kali)

أَعُوذُ بِعِزَّةِ اللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِن شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحاذِرُ (7 kali)

Maksud : Dengan menyebut nama Allah, aku berlindung kepada Allah dan kuasa-Nya dari keburukan yang tertimpa padaku & yang aku khuatirkan.

Cubalah amalkannya. InsyaAllah mujarabnya cepat. Cuma dalam teknik di atas, saya menambah bacaan Fatihah and 3 Qul. Surah Fatihah bagus sebagai pembuka kepada kesembuhan. 3 Qul pula bermanfaat sebagai ihktiar akidah kita untuk meletakkan anak dalam naungan & penjagaan Tuhan.

Dalam masa sama pesan ulama, perbanyakkan bersedekah. Saya ada mendengar kisah, ada seseorang yg anaknya ditimpa penyakit kronik. Lalu dia bersedekah sejumlah xxx setiap hari dan ditakdirkan Allah, anaknya sembuh. MasyaAllah. Benarlah pesan ulama, dengan bersedekah, banyak urusan hidup jadi mudah. Apabila kita berkongsi kasih-sayang dengan orang lain (via sedekah), Tuhan lebih mudah kongsikan rahmatNya kepada kita.

Sumber: Ustaz Mohammad Asraff Ayob

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×