Euforia Bola 2026
Rakyat

Kekal Anggun Jelita, Rakyat Titip Doa Buat Tengku Permaisuri Selangor Sempena Ulang Tahun Ke-55

TENGKU PERMAISURI SELANGOR

Selangor Royal Office merafak sembah setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena Ulang Tahun Hari Kelahiran ke-55 Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin.

Dalam titah ucapan tersebut, Selangor Royal Office mendoakan agar Allah sentiasa melanjutkan usia Tuanku dalam keadaan sihat walafiat, berada dalam lindungan-Nya serta dikurniakan kehidupan yang penuh kebahagiaan, keberkatan dan kesejahteraan.

Baca juga: Kadar Bayaran Denda Untuk Pasport Rosak/Hilang, Rupanya Boleh Cecah Sampai RM1,200!

ULANG TAHUN KELAHIRAN KE-55 TENGKU PERMAISURI SELANGOR

TENGKU PERMAISURI SELANGOR

Baginda juga didoakan agar terus dikurniakan taufik dan hidayah, kewibawaan serta darjat kemuliaan, selain sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT di dunia dan akhirat.

“Semoga Allah Subhanahu Wata’ala lanjutkan usia Tuanku dalam keafiatan dan senantiasa berada dalam lindungan Allah serta hidup dengan penuh kebahagiaan, dianugerahkan segala taufik dan hidayah, kewibawaan dan kebesaran, kehormatan dan kemuliaan, darjat dan daulat, fid-dunia wal-akhirat. Daulat Tuanku,” menurut ucapan berkenaan.

Untuk rekod, Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin merupakan Permaisuri kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj. Baginda ditabalkan sebagai Tengku Permaisuri Selangor pada 8 September 2016 di Istana Alam Shah, Klang.

PERNAH BERKHIDMAT SEBAGAI PRAMUGARI & PENYAMPAI BERITA

Baginda dilahirkan pada tahun 1971 di Hospital Angkatan Tentera Kem Terendak, Melaka dan merupakan anak bongsu kepada Tuan Haji Abdul Rahman.

Dalam bidang pendidikan, Tengku Permaisuri Selangor menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Raja Muda, Kampung Baru, Kuala Lumpur sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Sebelum bergelar anggota institusi diraja, Baginda pernah berkhidmat sebagai pramugari Malaysia Airlines (MAS) dari tahun 1989 hingga 1994, sebelum beralih ke dunia penyiaran dengan menyertai Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebagai penyampai berita TV1 pada tahun 1996.

TENGKU PERMAISURI SELANGOR

Sepanjang kerjaya dalam bidang penyiaran, Baginda telah menerima pengiktirafan apabila dinobatkan sebagai Penyampai Berita TV Terbaik sebanyak dua kali di Anugerah Seri Angkasa (ASA) pada tahun 2001 dan 2004.

Pengalaman lebih dua dekad dalam dunia penyiaran menjadikan Baginda seorang yang menitikberatkan ketelitian serta ketepatan dalam penyampaian maklumat, selain memahami kepentingan laporan berita yang berasaskan kajian dan fakta yang sahih.

Selain itu, Tengku Permaisuri Selangor turut aktif dalam aktiviti kebajikan dan menjadi penaung diraja bagi pelbagai badan amal serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO), sekali gus mencerminkan keprihatinan Baginda terhadap kesejahteraan masyarakat.

Sesungguhnya, segala bakti, sumbangan dan jasa Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor terus menjadi inspirasi serta dihargai oleh seluruh rakyat Selangor dan negara.

*Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Tengku Permaisuri!

Baca juga: Cara Block Konten Video Indonesia Di YouTube, Ini Panduan Mudah Ibu Bapa Kawal Tontonan Anak

Sumber: Selangor Royal Office

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

SEISMIK

To Top
SKIP THIS AD ×