Dapur

Ubah Citarasa Ramadan Dengan Juadah Sri Lanka-Melayu Di Aliyaa Sawan, Menarik!

19
SHARES

Bulan Ramadan dah dekat, pasti anda sudah terfikir di manakah lokasi berbuka puasa yang anda akan kunjungi bersama keluarga bukan? Tak payah pening-pening kerana anda boleh cuba juadah Sri Lanka untuk berbuka puasa kali ini dengan set Aliyaa Sawan. Menarik juga try juadah orang Sri Lanka ni kan?

UBAH CITARASA RAMADAN KALI INI DENGAN JUADAH SRI LANKA-MELAYU ALIYAA SAWAN

Ramadan kali ini, Aliyaa menawarkan kembali Set Sawan mereka yang sangat terkenal, jamuan Sri Lanka yang dicipta semula untuk citarasa orang Malaysia!

Sawan adalah hidangan lengkap, paling popular dalam kalangan masyarakat Islam di Sri Lanka dan merupakan simbolik dalam memupuk semangat kemasyarakatan, terutamanya dalam bulan Ramadan. Ini yang menjadi inspirasi untuk membawa set Sawan ini ke Malaysia!

Set Aliyaa Sawan ini bermula dengan Samosa Ketam, diikuti dengan hidangan utama yang dihidangkan bersama Kurma dan Nasi Savory. Jamuan ini menampilkan Kari Ayam, Peratal Daging Kambing, Kari Kacang Gajus, Kentang serta dua hidangan istimewa Sri Lanka yang disajikan khusus sempena Ramadan:

Acar Melayu Sri Lanka – Rasa manis, masam dan pedas yang berasal dari penduduk Melayu Sri Lanka, yang terdiri daripada bawang merah, lobak merah, nanas, capsicum, dan kurma, dijeruk dalam vinaigrette sawi yang tajam.

Masi Sambol – Hidangan menakjubkan ini terdiri daripada ikan Maldives yang ditumbuk, digoreng dengan bawang rangup, daun kari dan kepingan cili. Memang menu mesti ada untuk hidangan Ramadan kebiasaan di Sri Lanka.

Untuk mengakhiri jamuan, manjakan diri dengan pencuci mulut Wattalapam, hidangan kegemaran ramai yang juga berasal dari penduduk Sri Lanka-Melayu! Nikmati puding kastard santan ini, dibuat dengan jaggery, kacang gajus, dan campuran kayu manis dan rempah wangi Sri Lanka yang lain.

Set Sawan akan tersedia untuk dine-in dan penghantaran (delivery) dari 1 April hingga 4 Mei, tetapi pre-order sudah dibuka sekarang dengan harga RM 98++ per pax, dengan minimum order 2 pax.

Untuk menempah set anda bagi musim Ramadan ini, hubungi Aliyaa di 017-883 3738 untuk tempahan, atau layari www.aliyaaathome.com untuk penghantaran.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×