Nur

Tuntutlah Ilmu Sampai Ke Liang Lahad, Semuanya Mudah Dengan Aplikasi Waktu Solat Malaysia

2
SHARES

“Bacalah..”

Sudah semestinya, menuntut ilmu merupakan antara perkara penting yang dituntut oleh semua agama terutama sekali agama Islam. Tambah pula dengan peredaran zaman yang kita berteknologi tinggi, banyak medium yang boleh digunakan bagi orang ramai dari kanak-kanak hingga dewasa untuk menuntut ilmu.

Baca juga: Hafal Al-Quran Dengan Mudah Guna Aplikasi Waktu Solat Malaysia, Di Mana-Mana Pun Boleh!

MENUNTUT ILMU DARI BUAIAN HINGGA KE LIANG LAHAD

Belajar tidak mengenal batas usia. Seberapa pun usia yang kita miliki, gunakanlah waktu kesempatan itu untuk belajar. Tuntutlah ilmu dari buaian sampai ke liang lahad.

Ayat ini menjelaskan bahawa belajar itu amatlah dituntut sepanjang hayat. Maksudnya, kita hendaklah belajar dan tetap selalu belajar walaupun usia tidak muda lagi. Luangkanlah waktu untuk mempelajari ilmu-ilmu yang bermanfaat, baik ilmu untuk kebahagian di dunia mahupun ilmu untuk kebahagian di akhirat.

Belajar dan menuntut ilmu sangat dianjurkan dalam agama. Hal ini kerana menuntut ilmu itu adalah wajib hukumnya baik lelaki mahupun perempuan. Orang yang beramal tetapi tidak memiliki ilmu, diibaratkan pohon yang rimbun tetapi tidak berbuah.

Al-Quran juga menjelaskan bahawa terdapat perbezaan antara orang yang berilmu dengan orang yang tidak berilmu. Perbezaan ini dapat dilihat dari tindak tanduk seseorang dalam kehidupannya sehari-hari. Biasanya watak dan sifat orang yang berilmu seperti padi, makin berilmu semakin merunduk.

MUDAHNYA MENUNTUT ILMU DENGAN APLIKASI WAKTU SOLAT MALAYSIA

Surah Furqaan ayat 63 yang bermaksud:

“Hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik.”

Antara aplikasi yang sangat di cadangkan adalah Aplikasi Waktu Solat Malaysia. Dalam Aplikasi ini ada terdapat banyak kemudahan yang kita boleh manfaatkan untuk menuntut ilmu, jadi mudah untuk seseorang itu menuntut ilmu walaupun dimana mereka berada.

Marilah kita sama-sama menjadikan Aplikasi Waktu Solat Malaysia sebagai panduan dan semangat untuk kita menuntut ilmu secara berterusan. In sha Allah, dengan cara itu kita akan sentiasa menjadi orang yang dahagakan ilmu. Jangan lepaskan peluang untuk muat turun aplikasi Waktu Solat Malaysia secara PERCUMA supaya kita dapat menuntut ilmu sehingga ke liang lahad.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×