Famili

Tular Info Dakwaan Raya Awal Tidak Betul, Jangan Kongsi!

17
SHARES

Baru-baru ini tular di media sosial mengenai umat Islam akan menyambut Aidilfitri lebih awal berbanding tarikh yang sedia ada. Balai Cerapan Al-Khawarizmi hari ini menafikan bahawa sambutan Aidilfitri akan disambut pada 2 Mei atau Isnin depan.

Agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka dalam satu kenyataan di Facebook berkata, sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443 H diterima dan selesai dilakukan.

Baca juga: Elak Sesak Cuti Perayaan, Ini Cadangan Waktu Terbaik Untuk Pengguna KLK & LPT 1

TULAR INFO DAKWAAN RAYA AWAL TIDAK BETUL, JANGAN KONGSI

Kaedah penetapan awal Syawal 1443H. Kaedah penetapan awal bulan Islam di Malaysia adalah secara imkanurukyah (rukyah dan hisab).

Rukyah dilakukan pada petang 29 Ramadan 1443 H di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan di seluruh Malaysia. Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan pada Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja- Raja.

Hasil keputusan rukyah akan dilaporkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja – Raja pada malam 29 Ramadan 1443 H. Keputusan kenampakan hilal akan diumumkan pleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Sebarang pemakluman awal adalah tidak benar sehingga hasil keputusan rukyah pada 29 Ramadan 1443H diterima dan selesai dilakukan.

Orang ramai hari ini mula berkongsi tangkap layar perkongsian yang mendakwa sambutan Aidilfitri pada tahun ini akan disambut sehari lebih awal iaitu pada Isnin depan, berbeza dari kalendar yang ditetapkan.

Ia turut meminta orang ramai melakukan persediaan untuk mengelakkan sebarang kejadian panik jika sambutan perayaan itu disambut lebih awal.

Sumber: Facebook Balai Cerap Al-Khawarizmi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×